Rabu, 11 Oktober 2017

BAB 2 ULASAN PEMBACA



ULASAN PEMBACA

Ulasan Pertama oleh Puan Mazlina Omar.


Tercari-cari sebuah naskah untuk dihadiahkan kepada kawan. Penat mencari akhirnya terjumpa naskah hasil karya penulisan Puan Syatirah. Puan Syatirah bukan sekadar bidan biasa, beliau sangat kaya dengan ilmu kewanitaan. Setiap perkongsian dan persoalan pasti turut dikongsi dengan cara tradisional dan sains. Bukan mudah untuk mendapat ilmu sebegini iaitu, Dua dalam Satu.


Beliau juga turut memuatkan petua tradisional dan disusuli dengan sokongan sains dan perubatan moden. Melalui penulisan beliau, saya sangat tertarik dengan tajuk perhubungan intim. Asalnya saya ingin menghadiahkan kepada kawan, tetapi akhirnya saya turut membeli senaskah untuk diri sendiri.


Terasa seperti menyesal pulak kerana baru sahaja tahu bahawa terdapat banyak ilmu kewanitaan dari hujung rambut sampai hujung kaki telah dikongsi dalam naskah tersebut. Saya cetak dan letakkan bawah bantal. Senang "ulang kaji"sebelum tidur, sayang suami lah katakan. Tahniah dan terima kasih kakak bidan di atas segala perkongsian ilmu.




Ulasan Kedua Oleh Puan Azrin Badrinas

Ebook yang ditulis oleh Syatirah ini memang sangat sempoi sesuai dengan  gelarannya Kak Bidan Sempoi. Baguslah panduan-panduan yang disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Ebook ini turut dilengkapi dengan pelbagai resipi yang mudah dan menarik.

Ebook yang lengkap dan padat dengan info dari persediaan sebelum kehamilan, semasa hamil, sebelum bersalin hinggalah dalam tempoh berpantang. Terasa jika saya dapat baby lagi, saya akan rujuk pada Syatirah. Sangat sesuai sebagai rujukan ibu hamil dan berpantang.


Ulasan Ketiga Oleh Puan Hazwani Abd Hamid

 Ebook yang saya akan ulas adalah hasil penulisan Puan Nur Syatirah Shuib atau lebih dikenali sebagai Kak Bidan Sempoi. Naskah ini mempunyai banyak informasi baru tentang kesuburan dan kehamilan. Kita pun sedia maklum yang sekarang ini, ramai pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Jadi boleh timba ilmu melalui pembacaan dari ebook dalam salah satu usaha untuk hamil ataupuan yang merancang untuk hamil kali kedua. 

Proses kehamilan adalah proses yang panjang dan boleh dikatakan stress, jadi penulis ada menerangkan beberapa panduan untuk ibu-ibu hamil kawal stress tersebut. Dari proses kehamilan, seterusnya proses bersalin dan berpantang diterangkan dengan pelbagai input penting yang ibu-ibu harus ambil tahu.

Hasil penulisan beliau yang menyusup ke hati. Susunan kata yang membawa kita untuk baca dan terus baca. Ilmu yang sangat ilmiah dan berguna untuk mereka yang masih menunggu kehadiran cahaya mata, lagi-lagi untuk kali yang pertama.


Ulasan Keempat oleh Puan Nurshuhada Abdullah

Berinformasi. Perkataan pertama muncul di fikiran saya selepas membacanya. Memberi saya pelbagai ilmu pengetahuan mengenai perawatan dan masalah wanita bagi mendapatkan rahim yang sihat. 

Perkongsian berkenaan makanan apa yang boleh dimakan dan diamalkan serta makanan apa yang perlu dielakkan. Makanan apakah yang bersifat panas dan makanan apakah yang bersifat sejuk. Setiap darinya disenaraikan supaya mudah untuk membaca. Hasil pemakanan yang baik melahirkan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat melahirkan emosi yang stabil. Emosi yang stabil sangat penting sepanjang proses kehamilan sehingga berpantang. 

Perkongsian ini sangat membantu lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang akan melalui pengalaman hamil anak pertama serta pasangan yang sedang berikthiar memiliki anak. Dengan adanya informasi ini yang dikumpulkan di dalam satu ebook, ditulis oleh Puan Nur Syatirah Shuib seorang bidan yang berpengalaman dapat menjadi panduan dan persediaan pada mereka apa yang perlu dilakukan.

InsyaAllah, ebook ini akan membantu para wanita lebih peka dengan kesihatan rahim mereka. Mengetahui kepentingan menjaga rahim kerana di situ akan lahirnya zuriat pengikat kasih sayang suami isteri, lahirnya seorang khalifah Allah yang akan mentadbir bumi serta menambah lagi bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W.

Ulasan Kelima Oleh Puan Bibi Normi Md Noor

Bercakap soal 'pantang' kita semua akan terbayangkan wanita yang baru sahaja melahirkan bayi. Pantang ini khusus untuk wanita. Sejak turun-temurun wanita yang bersalin akan mengalami proses berpantang yang biasanya akan diuruskan oleh ibu,mak mertua atau bidan. Bagaimana dengan pantang sendiri? Bagaimana dengan pantang keguguran? Ebook ini dari wanita untuk wanita. Istimewa berkisar mengenai pantang. Banyak petua dan panduan boleh kita perolehi di sini kerana penulis pemilik Qulusa Therapy yang punya kepakaran dalam prosedur pantang. Antaranya tip ikhtiar hamil, peranan suami mengurus isteri berpantang, cara berpantang sendiri,amalan selepas bersalin, tip urus stres sehinggalah cara berasmara dengan suami ada dibongkarkan di sini. Banyak koleksi rahsia sebenar pantang yang kita tidak tahu akan diketahui satu persatu.

Ulasan Keenam Oleh Puan Hasnida Hamid
Membaca hasil catatan Puan Syatiraha atau lebih mesra dipanggil Kak Bidan Sempoi ini sangat mengasyikkan.  Penuh dengan kajian ilmiah.  Sangat berbaloi pembacaan dengan ebook ini.  Banyak yang dikongsikan.  Antara yang menarik ialah penggunaan stokin ketika bersama suami.  Sungguh tak terfikir kena pakai sebab selalunya sejuk malam-malamkan.

Selain dari itu juga penulis ada menceritakan tentang akbiat kebas-kebas dikaki dan tangan.  Ini sering terjadi kepada saya suatu ketika dahulu.  Hampir saya terkejut kerana ia boleh menyebabkan stroke rupanya.  Insyaallah saya akan lebih menjaga kesihatan selepas ini.  Insyaallah.

Dalam pada itu juga bab makan pedas ketika berpantang.  Rupanya tak boleh juga ye.  Boleh menyebabkan angin dalam badan.  Terima kasih Kak Bidan Sempoi kena berkongsi tips-tips yang sangat berguna ini.  Saya sangat bersetuju jika buku ini dijadikan buku ilmiah untuk bacaan ibu-ibu moden!
Tahniah Kak Bidan Sempoi!

Ulasan Keenam Oleh Puan Nurulhidayah Harun
Perkongsian cerita dan amalan dalam Ebook Pantang Tradisional hasil penulisan Nur Syatirah Shuib membuka minda saya bahawa amalan tradisional sebenarnya tidak susah untuk diamalkan.
Ebook ini sangat sesuai bagi wanita yang inginkan cahaya mata, wanita hamil dan dalam pantang. Topik yang disediakan menarik dan perlu dibaca bagi mereka yang bergelar wanita.
Amalan tradisional masih releven untuk diamalkan dalam pengurusan tekanan emosi, pemakanan, kesuburan dan aktiviti harian sehinggalah kepada penjagaan bayi selepas bersalin. Perkongsian koleksi resepi yang pelbagai semasa berpantang juga sangat menarik.
Bagi bakal-bakal ibu, tidak rugi jadikan ebook ini sebagai panduan.


BAB 1 TINTA PENGARANG

PENGENALAN
Amaran

1. Ebook ini adalah hak cipta terpelihara.
 http://pantangtradisional.blogspot.my/

2. Anda dilarang sama sekali samada mengubah, mengedar atau menjual ebook ini kepada pihak lain.

3. Sebarang tindakan yang yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4. Oleh itu, hendaklah melaporkan kepada pihak admin jika menerima ebook ini tanpa melalui  http://pantangtradisional.blogspot.my/

5. Laporan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan tidak sebegini.

6. Jika anda memilikinya tanpa kebenaran, saya tidak menghalalkan dunia dan akhirat.

Yang benar: Nur Syatirah Shuib,:
http://syatirahshuib.blogspot.my/

Facebook saya:- Nur Syatirah Shuib :-
https://www.facebook.com/ummi.urutanbersalinsabah

Facebook Page Saya, Urut Selepas Bersalin Sabah:-
https://www.facebook.com/Urut-Selepas-Bersalin-Sabah-1633546903582162/

Email:-
kakbidansempoi@gmaill.com

Hubungi:-
018-3677769, Qulusa Therapy.
















TINTA PENGARANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Kita adalah insan bertuah yang dilahirkan sebagai seorang wanita. Istimewanya kita kerana mempunyai rahim yang membolehkan kita untuk mengandung dan melahirkan. Kita boleh merasai saat manis dan pahit ketika mengandung dan melahirkan. Begitu juga pengalaman membesarkan anak-anak akan membuatkan kita lebih matang menempuhi liku-liku perjalanan hidup.

Namun, ada juga yang berdukacita dengan masalah kewanitaan yang menyebabkan mereka sukar untuk hamil. Pelbagai kritikan dan sindiran diberikan kepada mereka yang sukar hamil. Maka, semoga perkongsian yang disampaikan mmapu membantu anda merawat masalah kewanitaan dan juga membantu memberikan anda semangat untuk terus berusaha ikhtiar untuk hamil.

Saat paling bahagia bagi seorang wanita adalah apabila disahkan hamil setelah sekian lama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Di dalam penulisan ini diselitkan juga bagaimana pemakanan sihat dan penjagaan ketika diawal kehamilan. Penjagaan ini sangat penting kerana jika tersalah cara boleh menyebabkan keguguran.

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu-ibu hendaklah mengambil pemakanan sihat agar janin yang membesar akan sihat tubuh badan dan kuat imuniti badannya. Selain itu, penulisan ini juga memuatkan senaman bagi melegakan sakit pinggang dan membantu ibu-ibu untuk bersalin secara normal.

Kembali langsing semasa dalam tempoh berpantang adalah impian setiap wanita yang menjadi ibu. Namun, bukan mudah untuk langsing andai tiada penjagaan dan rawatan yang lengkap dijalankan. Maka, penulisan ini memuatkan pelbagai resepi dan petua untuk berpantang dengan bahagia.

Terakhir sekali adalah menjarakkan kehamilan secara alami. Ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah hormon selepas bersalin. Maka, petua yang dikongsikan ini akan membantu ibu-ibu yang ingin menjarakkan kehamilan secara alami, dalam masa yang sama membantu untuk kekal sihata dan cergas menguruskan keluarga.

Semoga kita diberikan kelebihan oleh Allah untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat penjagaan yang tepat dan betul. Amin.

Ikhlas,
Nur Syatirah Shuib
Kak Bidan Sempoi
Qulusa Therapy
Kota Kinabalu Sabah.
018-3677769.
6 Oktober 2017.



ULASAN EBOOK

Bercakap soal 'pantang' kita semua akan terbayangkan wanita yang baru sahaja melahirkan bayi. Pantang ini khusus untuk wanita. Sejak turun-temurun wanita yang bersalin akan mengalami proses berpantang yang biasanya akan diuruskan oleh ibu,mak mertua atau bidan. Bagaimana dengan pantang sendiri? Bagaimana dengan pantang keguguran? Ebook ini dari wanita untuk wanita. Istimewa berkisar mengenai pantang. Banyak petua dan panduan boleh kita perolehi di sini kerana penulis pemilik Qulusa Therapy yang punya kepakaran dalam prosedur pantang. Antaranya tip ikhtiar hamil, peranan suami mengurus isteri berpantang, cara berpantang sendiri,amalan selepas bersalin, tip urus stres sehinggalah cara berasmara dengan suami ada dibongkarkan di sini. Banyak koleksi rahsia sebenar pantang yang kita tidak tahu akan diketahui satu persatu.

Pengulas: Bibi Normi Md Noor

ULASAN EBOOK


Berinformasi. Perkataan pertama muncul di fikiran saya selepas membacanya. Memberi saya pelbagai ilmu pengetahuan mengenai perawatan dan masalah wanita bagi mendapatkan rahim yang sihat. 

Perkongsian berkenaan makanan apa yang boleh dimakan dan diamalkan serta makanan apa yang perlu dielakkan. Makanan apakah yang bersifat panas dan makanan apakah yang bersifat sejuk. Setiap darinya disenaraikan supaya mudah untuk membaca. Hasil pemakanan yang baik melahirkan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat melahirkan emosi yang stabil. Emosi yang stabil sangat penting sepanjang proses kehamilan sehingga berpantang. 

Perkongsian ini sangat membantu lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang akan melalui pengalaman hamil anak pertama serta pasangan yang sedang berikthiar memiliki anak. Dengan adanya informasi ini yang dikumpulkan di dalam satu ebook, ditulis oleh Puan Nur Syatirah Shuib seorang bidan yang berpengalaman dapat menjadi panduan dan persediaan pada mereka apa yang perlu dilakukan.

InsyaAllah, ebook ini akan membantu para wanita lebih peka dengan kesihatan rahim mereka. Mengetahui kepentingan menjaga rahim kerana di situ akan lahirnya zuriat pengikat kasih sayang suami isteri, lahirnya seorang khalifah Allah yang akan mentadbir bumi serta menambah lagi bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W.

Pengluas : Nurshuhada Abdullah

ULASAN PEMBACA

Ebook yang saya akan ulas adalah hasil penulisan Puan Nur Syatirah Shuib atau lebih dikenali sebagai Kak Bidan Sempoi. Naskah ini mempunyai banyak informasi baru tentang kesuburan dan kehamilan. Kita pun sedia maklum yang sekarang ini, ramai pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Jadi boleh timba ilmu melalui pembacaan dari ebook dalam salah satu usaha untuk hamil ataupuan yang merancang untuk hamil kali kedua. 

Proses kehamilan adalah proses yang panjang dan boleh dikatakan stress, jadi penulis ada menerangkan beberapa panduan untuk ibu-ibu hamil kawal stress tersebut. Dari proses kehamilan, seterusnya proses bersalin dan berpantang diterangkan dengan pelbagai input penting yang ibu-ibu harus ambil tahu.

Hasil penulisan beliau yang menyusup ke hati. Susunan kata yang membawa kita untuk baca dan terus baca. Ilmu yang sangat ilmiah dan berguna untuk mereka yang masih menunggu kehadiran cahaya mata, lagi-lagi untuk kali yang pertama.

Pengulas: Hazwani Abd Hamid

ULASAN PEMBACA

Ebook yang ditulis oleh Syatirah ini memang sangat sempoi sesuai dengan  gelarannya Kak Bidan Sempoi. Baguslah panduan-panduan yang disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Ebook ini turut dilengkapi dengan pelbagai resipi yang mudah dan menarik.

Ebook yang lengkap dan padat dengan info dari persediaan sebelum kehamilan, semasa hamil, sebelum bersalin hinggalah dalam tempoh berpantang. Terasa jika saya dapat baby lagi, saya akan rujuk pada Syatirah. Sangat sesuai sebagai rujukan ibu hamil dan berpantang.

Pengulas:- Azrin Badrinas

ULASAN PEMBACA


Tercari-cari sebuah naskah untuk dihadiahkan kepada kawan. Penat mencari akhirnya terjumpa naskah hasil karya penulisan Puan Syatirah. Puan Syatirah bukan sekadar bidan biasa, beliau sangat kaya dengan ilmu kewanitaan. Setiap perkongsian dan persoalan pasti turut dikongsi dengan cara tradisional dan sains.  Bukan mudah untuk mendapat ilmu sebegini iaitu, Dua dalam Satu.


Beliau juga turut memuatkan petua tradisional dan disusuli dengan sokongan sains dan perubatan moden. Melalui penulisan beliau, saya sangat tertarik dengan tajuk perhubungan intim. Asalnya saya ingin menghadiahkan kepada kawan, tetapi akhirnya saya turut membeli senaskah untuk diri sendiri.


Terasa seperti menyesal pulak kerana baru sahaja tahu bahawa terdapat banyak ilmu kewanitaan dari hujung rambut sampai hujung kaki telah dikongsi dalam naskah tersebut. Saya cetak dan letakkan bawah bantal. Senang "ulang kaji"sebelum tidur, sayang suami lah katakan. Tahniah dan terima kasih kakak bidan di atas segala perkongsian ilmu.


Pengulas: Puan Mazlina Omar.

Ulasan Ebook Cemerlang UPSR

Ulasan Ebook

8.Cemerlang UPSR
Penulis:Mazlina Binti Omar

Cikgu Mazlina adalah seorang ibu yang hebat! Beliau diuji dengan anak yang mengidap disleksia. Tahniah untuk cikgu Mazlina di atas kejayaan cikgu mendidik Hatim. 


Kisah pengalaman cikgu yang digarap dalam ebook ini juga sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengidap disleksia.


Penulisan Puan Mazlina amat menitik beratkan peranan ibu bapa di dalam kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa perlu duduk sekali ketika anak belajar dan sentiasa bertanya perkembangan anak. Untuk berjaya, bukan sekadar menyerahkan tanggung jawab kepada guru, malah ibu bapa juga perlu mengambil berat.


Ulasan Ebook Panduan Asas Umrah

Ulasan Ebook

7. Panduan Asas Umrah, Penulis:
Azrinbadrinas Abu Bakar


Tips yang paling mahal bagi saya, yang dikongsikan oleh penulis adalah waktu untuk mengerjakan Umrah. Beliau memilih bertolak pada hari Rabu agar dapat dua kali Jumaat di Mekah dan Madinah.

Banyak idea-idea yang menarik beliau kongsikan. Selamat maju jaya!


Ulasan Ebook Panduan Bisnes Kraf Felt

Ulasan Ebook


6. Panduan Bisnes Kraf Felt. Penulis Nurul Hidayah Bt. Harun

Penulisan yang sangat bagus menceritakan bagaimana seseorang itu ingin menjalankan bisnes kraf biarpun pada bulan puasa. Target jualan, cara promosi juga dihuraikan dalam ebook ini.

Bagi yang berminat dengan seni kraf, ianya sangat disyorkan buat anda!
Tahniah Puan!


Ulasan Ebook Idea Minimalist

Ulasan Ebook

5. Idea Minimalist. Penulis Nurshuhada Abdullah

Saya tertarik dengan idea cepat menggosok kain menggunakan kertas aluminium foil.  Ia akan mempercepatkan proses menseterika pakaian. Pakaian pada bahagian depan dan belakang akan cepat digosok kerana aluminium foil membantu menyerap haba.

Tips ini sangat bagus bagi ibu bekerjaya yang ramai anak dan kesuntukan masa. Tahniah Puan!

Ulasan Ebook Urus Akaun Bisnes

Ulasan Ebook

4. Urus Akaun Bisnes. Penulis: Hazwani Abd Hamid

Sesuatu bisnes hanya akan berkembang maju apabila akaun bisnesnya tersusun.
Perkaran ini hanya diambil ringan bagi sesetengah syarikat kecil. Namun, hasil penulisan Puan Hazwani membuka mata kita bahawa perlunya ilmu akaun untuk mengetahu untung rugi di dalam sesebuah syarikat.

Penulisan yang sangat jelas dan mudah difahami. Tahniah!



Ulasan Ebook Ransang Anak Seronok Belajar

Ulasan Ebook

3.Ransang Anak Seronok Belajar. Penulis: Che Hasnida Hamid. 
Saya tertarik dengan meransang Anak Melalui Hati. Apabila niat hati kita baik, maka akan mudahlah anak mendengar nasihat. Ransangan melalui lisan, sentuhan dan deria rasa adalah sangat baik. Pemakanan yang baik, iaitu sentuhan melalui deria mulut juga sangat membantu untuk anak seronok belajar.

Tahniah diucapkan!


Ulasan Ebook Hamil Anak Pertama

Ulasan Ebook

2. Ebook Hamil Anak Pertama, Penulis Bibi Normi Md Noor

Ebook Puan Bibi Normi adalah berkisar tentang kehamilan ektopik. Setelah kegagalan pada kandungan pertamanya, akhirnya beliau mengandung lagi.
Penceritaan yang mengujakan sehingga saya tidak sabar ingin menghabiskan penceritaan hingga tamat.


Selasa, 10 Oktober 2017

Ulasan Ebook Ajar Anak Al-Quran


Ulasan Ebook

1 Ebook Ajar Anak Al-Quran, Penulia: Pn Ummi Auny Adny Ismail
Penulisan Puan Ummi Auny berkisar tentang pentingnya pemakanan, tadabbur bersama anak sejak kecil bagi membantu anak minat untuk membaca Al-Quran.

Segala petua dan tips yang diberikan cukup menarik dan boleh diaplikasikan oleh ibu-ibu muda.
Tahniah Puan!


Khamis, 5 Oktober 2017

Amaran

Amaran

1. Ebook ini adalah hak cipta terpelihara.
 http://pantangtradisional.blogspot.my/

2. Anda dilarang sama sekali samada mengubah, mengedar atau menjual ebook ini kepada pihak lain.

3. Sebarang tindakan yang yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4. Oleh itu, hendaklah melaporkan kepada pihak admin jika menerima ebook ini tanpa melalui  http://pantangtradisional.blogspot.my/

5. Laporan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan tidak sebegini.

6. Jika anda memilikinya tanpa kebenaran, saya tidak menghalalkan dunia dan akhirat.

Yang benar: Nur Syatirah Shuib,:
http://syatirahshuib.blogspot.my/

Facebook saya:- Nur Syatirah Shuib :-
https://www.facebook.com/ummi.urutanbersalinsabah

Facebook Page Saya, Urut Selepas Bersalin Sabah:-
https://www.facebook.com/Urut-Selepas-Bersalin-Sabah-1633546903582162/

Email:-
kakbidansempoi@gmaill.com

Hubungi:-
018-3677769, Qulusa Therapy.

Tinta Pengarang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Kita adalah insan bertuah yang dilahirkan sebagai seorang wanita. Istimewanya kita kerana mempunyai rahim yang membolehkan kita untuk mengandung dan melahirkan. Kita boleh merasai saat manis dan pahit ketika mengandung dan melahirkan. Begitu juga pengalaman membesarkan anak-anak  membuatkan kita lebih matang menempuhi liku-liku perjalanan hidup.


Namun, ada juga yang berdukacita dengan masalah kewanitaan yang menyebabkan mereka sukar untuk hamil. Pelbagai kritikan dan sindiran diberikan kepada mereka yang sukar hamil. Maka, semoga perkongsian yang disampaikan mmapu membantu anda merawat masalah kewanitaan dan juga membantu memberikan anda semangat untuk terus berusaha ikhtiar untuk hamil.

Saat paling bahagia bagi seorang wanita adalah apabila disahkan hamil setelah sekian lama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Di dalam penulisan ini diselitkan juga bagaimana pemakanan sihat dan penjagaan ketika diawal kehamilan. Penjagaan ini sangat penting kerana jika tersalah cara boleh menyebabkan keguguran.

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu-ibu hendaklah mengambil pemakanan sihat agar janin yang membesar akan sihat tubuh badan dan kuat imuniti badannya. Selain itu, penulisan ini juga memuatkan senaman bagi melegakan sakit pinggang dan membantu ibu-ibu untuk bersalin secara normal.

Kembali langsing semasa dalam tempoh berpantang adalah impian setiap wanita yang menjadi ibu. Namun, bukan mudah untuk langsing andai tiada penjagaan dan rawatan yang lengkap dijalankan. Maka, penulisan ini memuatkan pelbagai resepi dan petua untuk berpantang dengan bahagia.

Terakhir sekali adalah menjarakkan kehamilan secara alami. Ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah hormon selepas bersalin. Maka, petua yang dikongsikan ini akan membantu ibu-ibu yang ingin menjarakkan kehamilan secara alami, dalam masa yang sama membantu untuk kekal sihata dan cergas menguruskan keluarga.

Semoga kita diberikan kelebihan oleh Allah untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat penjagaan yang tepat dan betul. Amin.

Ikhlas,
Nur Syatirah Shuib
Kak Bidan Sempoi
Qulusa Therapy
Kota Kinabalu Sabah.
018-3677769.
6 Oktober 2017.


Urutan Selepas Bersalin


Rawatan yang paling perlu untuk dijalani oleh ibu bersalin adalah urutan. Ibu selepas bersalin memang lemah tubuh badannnya kerana kekurangan darah yang banyak dan sakit pinggang disebabkan proses bersalin yang merenggangkan  tulang serviks.

 Urutan adalah perlua kerana ianya membantu mengeluarkan sisa baki darah nifas. Apabila darah nifas anda tertinggal di dalam uterus, rahim anda tidak elastik iaitu rahim kembang dan tidak mengecut sepenuhnya ( Subinvolusi) walaupun selepas habis tempoh pantang dan boleh menyebabkan pendarahan berterusan. Inilah kenapa ada ibu-ibu berpantang yang pendarahannya melebihi 60 hari. Selain itu, pengecutan rahim juga tidak berlaku sepenuhnya disebabkan faktor usia dan pemakanan anda yang tidak sihat.


Wanita selepas bersalin tubuh badannya akan berubah. Rahim yang membesar beribu-ribu kali ganda akan mengecut. Rahim yang besar menghimpit usus dan buah pinggang. Proses kelahiran bayi memberi tekanan kepada otot dan saraf. Maka, seluruh sistem badan akan menurun. Jadi, jika tiada rawatan selanjutnya selepas sahaja bersalin, maka proses pemulihan badan menjadi lambat.

Maka, wanita yang tidak mendapatkan rawatan ketika berpantang seawal sejurus bersalin akan mudah mengumpulkan lemak di dalam badan kerana sistem badan tengah lemah. Sembelit yang dibiarkan lama akan menyebabkan darah anda bertoksik. Maka, semakin lama, toksik dan lemak semakin banyak. Kebiasaanya toksik di dalam badan manusia ialah 8kg. Maka, jika berat badan anda sekarang melebihi 8kg daripada berat badan ideal, bermakna lebih daripada 8kg toksik di dalam badan anda.


Kerana Urut membantu mendiagnos dan merawat organ yang bermasalah pada badan anda. Terdapat lebih daripada 360 titik meridian di dalam tubuh badan kita.

Urut bagi wanita membantu mengencangkan otot. Apabila otot kita kencang, maka, seluruh organ kita akan sihat dan berada pada posisi yang betul.

Contoh, otot punggung yang menggelebeh (terjatuh) ke bawah menandakan rahim dan vagina anda terlari daripada posisi asal.

Cuba perhatikan otot mereka yang kencing manis. Mereka ini jarang berurut. Maka, perjalanan darah tak lancar dan gula tinggi dalam darah. Otot mereka kendur. mereka ini pada usia tua akan mudah terkena tombong.

Orang yang rajin berurut, otot kulitnya tegang. Mereka ini awet muda taw! Tambah lagi kalau minyak urut tu ada Essential Oil yang bagus untuk kulit, lagi la kesannya super duper power ;-)

Buat wanita yang idamkan aset yang cantik, rajinlah berurut. Tombong terjadi apabila otot yang memegang rahim lemah. Apabila sudah terbonjol keluar, dengan keadaaan otot yang lemah, bukan mudah untuk ia kembali semula dalam masa yang cepat. Ia akan menjejaskan hubungan suami isteri dan keselesaan anda untuk bergerak.








Kemahiran Berasmara bersama Suami Untuk Ikhtiar Hamil

Tips Bersama Suami

Petua ini adalah cara terbaik bagaimana anda yang ada masalah rahim kembang dan ada masalah kewanitaan boleh klimaks.

Membuang air kecil atau besar. Selesaikan segala hajat agar kita lebih selesa ketika bersama. Ambil kain & keringkan kawasan organ intim kita. Kemudian berwudhuklah agar malaikat ada bersama dengan kita dan mendoakan agar anak yang lahir adalah anak yang soleh. Kita juga akan lebih tenang dan selesa untuk bersama suami.

Kemudian, sapukan Minyak herba di perut dan tapak kaki, seterusnya berstokin. Ianya untuk memberikan anda keselesaan dengan suhu yang panas. Rata-rata mereka yang ada masalah kewanitaan, akan mudah seram sejuk, sejuk tapak kaki, alah dengan kipas dan penghawa dingin. Apabila suhu ini mengganggu anda, maka anda akan hilang fokus dan susah untuk klimaks.

Seterusnya memakai baju yang sesuai. Jika anda jenis yang mudah sejuk, biarlah baju itu tebal tetapi seksi. Ianya juga membantu menaikkan ghairah suami. Pakailah wangian yang bagus untuk kesuburan seperti minyak zaitun yang dicampurkan dengan aromaterapi Frankinsense. Ianya akan menciptakan kedamaian dan memudahkan kita untuk ghairah dan klimaks. Mereka yang mengambil mudah dengan petua yang ringkas ini akan mudah dingin dan tiada perasaan untuk bersama.

Petua seterusnya, minta suami bacakan doa untuk bersetubuh dan doa untuk mendapat zuriat yang bagus. Kemudian, sediakan sedikit madu di dalam botol. Letakkan pada puting payudara dan minta suami isap kedua-dua belah. Aktiviti hisapan ini akan membantu kita untuk gembira dan tenang kerana ianya mempengaruhi hormon kita.

Minta suami urut di bahagian organ intim dan perut sedikit menggunakan minyak zaitun asli. Ianya bertujuan melembutkan otot di sekelilingnya dan mempercepatkan klimaks. Urutan dilebihkan pada sebelah kanan organ intim wanita kerana di situ terdapat saraf yang membantu merawat masalah batin. Kemudian, minta suami lajukan sedikit pergerakan menggunakan jari telunjuk pada sebelah kiri clitoris dengan posisi suami di sebelah kiri isteri sambil menghisap puting di sebelah kiri. Tangan kanan isteri pula menggerakkan puting sebelah kanan dan lakukan kemutan seperti menahan air kencing dengan menahan nafas.

Jika isteri ada masalah vagina longgar, iaitu keputihan yang banyak, sebelum bersama, buatlah tangas basah dan kering. Kemudian, gunalah minyak khas untuk vagina bagi membantu mengetatkan vagina ketika hubungan kelamin. Masaklah minyak anggur bersama manjakani dan daun sireh untuk membuat minyak vagina yang ringkas. Minyak ini akan membantu mengetatkan dan mempercepatkan anda untuk klimaks.

Pastikan kepala tidak memikirkan masalah lain untuk mendapatkan klimaks yang betul-betul berkesan. Apabila klimaks, anda akan rasa puas dan kejang pada punggung, pinggang dan perut.  Ketika anda rasa puas, sebenarnya hormon Follicel Stimulating Hormone (FSH) & Leutinizing Hormone (LH) dibebaskan apabila ianya mencapai tahap klimaks. Maka, ovum yang dibebaskan daripada ovari akan bersenyawa dengan spermatozoa dari air sperma suami. Ketika klimaks, anda akan mengeluarkan cecair putih telur, di mana proses ini sangat penting untuk membantu air mani sampai dengan selamatnya ke uterus.

Elakkan dari terus bangun sebaik selepas bersama. Sebaiknya rehat dahulu jika ingin bangun mengambi wudhuk atau terus sahaja tidur. Jika terus bangun, air mani akan kelaur semula dan menyebabkan peratusan persenyawaan untuk berlaku rendah terutama bagi anda yang mempunyai masalah vagina longgar. 

Selepas bersama, elakkan minum air kopi kerana ianya bersifat diuretik. Semua herba bersifat diuretik hendakah dihindarkan kerana ianya boleh menyebabkan keguguran janin. Contoh lain seperti air tebu, air gas, nenas dan tapai juga adalah antara makanan yang perlu dielakkan jika anda ingin hamil.

Selasa, 3 Oktober 2017

Makanan Untuk Mudah Hamil

Makanan yang meningkatkan Kesuburan :-

1. Jika anda ada masalah Hormon, iaitu kitaran haid tidak teratur, anda sebenarnya mempunyai masalah lebihan  kolesterol di dalam bada.

Adalah disyorkan untuk anda mengambil makanan yang mengandungi lemak baik, iaitu lemak tak tepu (monounsaturated fat). Lemak ini bagus untuk otak dan jantung di mana ia sangat bagus membantu untuk menstabilkan hormon progestron di dalam badan.
Antara buah yang dicadangkan bagi mereka yang ada masalah rendah kandungan hormon estrogen adalah buah durian kerana ianya tinggi phytoestrogen. Namun, jarakkan masa lebih dari 4 jam jika anda mengambil ubatan atau herba.
Selain itu, buah avokado membantu tubuh menyerap gizi dengan baik. Ianya kaya dengan lemak tidak tepu (unsaturated fat), vitamin E, serat, magnesium dan potassium bagi membantu menstabilkan hormon dalam badan.
Minyak zaitun juga perlu diambil setiap hari bagi menstabilkna hormon progestron dalam badan anda.
Asid lemak seperti Omega-3 juga sangat bagus untuk diamalkan. Minyak ikan dan flaxseed oil membantu menstabilkan hormon anda agar kembali stabil.
Buah Plum juga adalah buah yang bagus untuk mendapatkan kitaran haid yang bagus. Ia akan menormalkan hormon estrogen di dalam badan.
Buah Badam juga bagus kerana mengandung monounstaurated fat, zink dan magnesium.
2. Jika anda mempunyai masalah senggugut, maka buah yang disyorkan untuk anda adalah buah-buahan yang bersifat panas dan mampu membuang lebihan angin di dalam badan seperti buah-buahan kering iaitu buah kurma dan tin.
Buah lain yang bagus adalah strawberri, epal merah, aprikot, blueberry, delima, kiwi, anggur (kuantiti sederhana).
Sayur yang dibenarkan adalah:-
Brokoli, lobak merah, lada benggala,lobak putih, batang saderi, pegaga, pucuk ulam,oren, pir, tomato dan taugeh.
Elakkan sama sekali memakan buah-buahan dan sayuran di bawah ini:-
Nangka, cempedak, buah naga, mangga hijau (belum masak) , nenas, markisa, tembikai, tembikai susu, labu, kelapa,jambu batu, kedondong, cermai, belimbing, sukun, salak, terung, kacang bendi, kacang panjang, kacang buncis, salad, petola, kubis, timun,lada, ubi-ubian.
Sayuran dan buah-buahan yang ditanam di Malaysia kebanyakannya adalah kategori sejuk,maka jika anda hendak makan sedikit sayur di atas, adalah disyorkan anda masak atau tabur di atasnya bersama lada hitam, halia dan kunyit.
3. Lebihkan rempah-ratus dalam masakan kerana ianya bersifat panas. Sayur yang kita makan hampir kebanyakannya sejuk. Maka, perlulah seimbangkan semula dengan rempah ratus seperti jintan putih, lada putih, lada hitam, kayu manis dan halba.
Halba sangat bagus dimasukkan ketika memasak nasi kerana ianya membantu sistem penghadaman.








Ahad, 1 Oktober 2017

Bahaya Mati Putik Jika Tidak Mendapatkan Rawatan

Benarkah Mati Putik Sebabkan Penceraian?


Ramai yang beranggapan bahawa hanya lelaki sahaja yang mengalami masalah batin, iaitu mati
pucuk. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa ramai sebenarnya wanita yang mempunyai masalah batin, iaitu mati putik terutamanya ibu-ibu selepas bersalin dan bagi mereka yang ada masalah sukar mendapatkan zuriat.

Mati putik atau dikenali sebagai Female Sexual Dysfunction (FSD) adalah keadaan di mana seseorang wanita sukar mendapatkan klimaks ketika melakukan hubungan intim.

Punca mati putik pada wanita adalah disebabkan beberapa faktor. Faktor utama ialah disebabkan gangguan urat saraf dalam pengaliran darah ke faraj terutamanya kelentit menyebabkan ianya tidak menegang ketika dirangsang. Contohnya, walaupun pihak suami telah melakukan ransangan pada titik ransangan seperti pada bahagian puting dan klitoris sebelah kiri lebih daripada 30 minit, namun isteri masih belum merasakan klimaks. Klimaks pula berlaku apabila otot sekitar vagina, punggung, pinggang hingga ke kaki mengejang dan satu perasaan nikmat kepuasan terasa, di mana hormon endorfin dikeluarkan daripada dalam badan. Namun, bagi golongan mati putik ini, mereka jarang sekali untuk merasakan kesedapan klimaks.

Punca kedua mati putik ialah kerana angin gastrik yang terlalu banyak di dalam perut. Angin yang terlalu lama dibiarkan berada di dalam badan akan memberikan tekanan kepada seluruh organ sekitarnya seperti rahim dan vagina. Itulah sebabnya mereka yang ada masalah gastrik, akan mudah mengalami senggugut.  Mereka yang ada masalah gastrik yang teruk, selain angin yang banyak pada kawasan perut dan rahim, biji-biji angin ini juga akan berada pada kawasan bibir luar faraj (labia majora). Ini adalah pengalaman saya sendiri merawat pelanggan saya yang sukar hamil.

Punca ketiga punca mati putik ialah disebabkan masalah saraf. Mereka yang mengalami masalah saraf akan sensitif kepada suhu persekitaran yang sejuk. Apabila mengadakan hubungan kelamin di dalam bilik yang sejuk umpamanya, isteri akan berasa tidak selesa dan sukar untuk klimaks. Lama-kelamaan isteri yang biasa tidur di bilik yang suhunya sejuk akan mudah mati putik.

Punca keempat mati putik ialah kerana tidak mendapatkan sebarang rawatan ketika berpantang. Proses bersalin secara normal, di mana bukaan serviks membesar sehingga 10cm, kemudian otot vagina mengecut kembali, sudah pastinya memberi tekanan kepada otot sekitarnya. Otot yang tercedera pastinya memberi kesan kepada saraf. Apabila saraf sekitar vagina kurang berfungsi, maka akan mengalami kesukaran untuk klimaks ketika bersama pasangan dan akhirnya boleh menyebabkan mati putik. Namun, bagi wanita yang bersalin secara pembedahan, anda juga boleh terkena mati putik jika angin di dalam perut dan rahim anda tidak dikeluarkan dengan sebaiknya. Angin yang berkumpul terlalu banyak di dalam perut boleh menyebabkan pengumpulan angin di sekitar vagina. Angin sekitar vagina inilah yang menyebabkn kesukaran untuk klimaks dan akhirnya mati pucuk.

Bagaimanakah Cara Kita Mengetahui Bahawa Kita Mati Putik?
1. Mereka yang mati putik kebiasaannya adalah mereka yang mempunyai berat badan melebihi berat badan ideal ataupun obesiti.
2. Selain itu, mereka ini adalah golongan yang beremosi, panas-baran, mood tidak stabil dan tiada keinginan untuk bersama. Bagi mereka, seks umpama makan ubat. Jika mereka rasa perlu, barulah mereka ambil. Jika tidak ada apa-apa kepentingan untuk mereka, maka mereka akan tinggalkan.
3. Mereka yang mempunyai sejarah gastrik dan senggugut adalah golongan yang paling mudah untuk terkena mati putik. Kegagalan mengawal waktu makan dan banyak memakan makanan bersifat sejuk dan berangin menyebabkan mereka mudah mati putik. Contoh makanan bersifat sejuk seperti buah terung dan kacang bendi.
4. Wanita yang mati putik sangat sukar mendapatkan klimaks ketika bersama suami.
5. Wanita yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan, mengalami masalah sembelit, keputihan dan angin yang banyak di dalam perut.

Kesan daripada Mati Putik ini ialah mereka merasakan fobia untuk bersama pasangan. Hal ini kerana, aktiviti sekd dirasakan menyakitkan kerana tiada cecair yang dirembeskan kerana tiada keghairahan.

Antara petua pencegahan bagi masalah mati pucuk yang boleh diamalkan sendiri ialah dengan mendapatkan rehat yang cukup, menjaga waktu makan terutamanya sarapan awal pagi, mengatur stress, menjadualkan masa bersama keluarga dan waktu 'me time' sendiri. Selain itu, rawatan sendiri yang boleh dijalankan seperti bertangas, bertungku, rendaman vagina adalah sangat bagus untuk memberikan ransangan semula kepada alat sulit wanita.

Saya kongsikan sedikit petua alami yang anda boleh lakukan di rumah. 100 gram serbuk inai dicampurkan bersama 50gm serbuk manjakani dan sedikit air mawar. Buatlah masker di kawasan intim wanita sebelum anda tidur selama 20 minit. Ianya akan membantu melancarkan perjalanan darah di sekitar bahagian intim wanita dan meningkatkan sensitiviti zon erotik.

Namun begitu, jika semua cara di atas telah diamalkan, namun masih juga ada masalah dalam hubungan kelamin, saya syorkan anda bertemulah perawat untuk mengenal pasti punca masalah sebenar. Pengalaman saya, mereka yang mati putik ini, vagina nya sejuk dan longgar, mengalami keputihan, dan terlalu banyak biji-biji angin. Maka, satu rawatan khas vagina perlu dijalani.

Mati Putik sebenarnya bukan sahaja menyerang golongan berumur. Mati putik boleh terjadi seawal adanya gastrik. Perut yang buncit dan wajah yang kusam kurang keceriaan menggambarkan
bahawa anda sakit dan tidak bahagia.

Penjagaan diri dan alat kelamin perlulah bermula seawal anda perkahwinan. Mati putik yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah kepada rumah tangga. Apabila tiada kesepakatan antara suami isteri, maka di situlah lahirnya sebuah penceraian.

Tiga tahun lepas saya pernah merawat seorang wanita yang ada masalah mati putik. Beliau hampir bercerai. Beliau datang berjumpa saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Semasa sesi urutan dijalankan, semasa saya ingin memulakan urutan, ototnya sangat-sangat keras dan walaupun tekanan yang paling ringan dikenakan, beliau terus menjerit sakit. Urutan seakan usapan pun beliau sudah menjerit, belum lagi urutan 'deep tissue massage'. Ianya menggambarkan bahawa otot seluruh badannya sangat stress. Seluruh otot mengeras. Saya terpaksa menghentikan urutan dan terus menyoalnya. Beliau berterus-terang kepada saya bahawa beliau tidak pernah langsung mendapatkan sebarang rawatan tradisional selepas sahaja bersalin. Beliau mempunyai dua orang anak berumur 10 tahun dan 8 tahun. Rupanya mati putik ini di tahap yang paling bahaya ialah mereka langsung tidak boleh disentuh, hatta kain yang terkena pada badan pun dirasakan sakit. Jadi, bagaimanakah suami hendak menyentuh isteri? Di sinilah bermula sebuah perceraian

Bagaimanakah Berpantang Cara Tradisi?

PROSES PERAWATAN PANTANG CARA TRADISI

Apakah perawatan perbidanan Melayu untuk ibu bersalin?


Menurut penulisan Puan Anisah Barakbah, di dalam Ensiklopedia Perbidanan Melayu Lama, peraturan rawatan ibu bersalin adalah ilmu perbidanan yang diturunkan oleh Nabi Adam a.s dan Siti Hawa. Setiap langkah perawatan dilakukan dengan penuh prihatin berpandu atas pergerakan aliran sistem badan ibu bersalin dan perlu dilakukan secara berperingkat. Iaitu:


1. Terapi Urutan

2. Bertungku

3. Berpilis

4. Mandi Herba

5. Berbengkung

6. Bertangas

Kebiasaannya, selepas ibu bersalin, bidan tua dahulu memulakan urut putaran di bahagian pusat untuk meransang keluaran darah bantal. Disusuli dengan urut pulih badan iaitu usapan lembut menggunakan sapuan minyak sebagai rawatan awal ibu bersalin. Lazimnya rawatan ini dilakukan tiga hari berturut-turut untuk mengelak dari serangan sakit rengat (stomach cramp) dan serangan peringkat awal angin meroyan. Kemudian, urutan disusuli dengan rawatan urut usapan (touch therapy) selama seminggu.


Bagi ibu yang baru melahirkan adalah tidak digalakkan diurut dengan kuat. Urutan yang dilakukan adalah seperti sentuhan lembut dan manja (touch therapy) dengan cara urutan menolak naik dengan lembut (effleurage). Urutan in dapat menenangkan dan memberi keselesaan kepada ibu dari segi fizikal dan psikologi.

 

 

 

 

 

 

 

Bagi ibu yang bersalin di hospital kebiasaannya akan dibenarkan pulang ke rumah selepas 3 hari. Ini menyebabkan ibu pulang dalam keadaannya telah sembab masuk angin sejuk. Oleh yang demikian, ibu tersebut hendaklah diberikan rawatan pulih badan dan disusuli dengan tuaman batu sungai untuk melembutkan otot dan urat saraf. Adalah dilarang melakukan urutan kuat secara terus, kerana ibu boleh diserang demam bentan urat.


Selepas 3 hari rawatan pulih badan, bidan akan menyediakan rawatan ibu bersalin dengan tuaman batu sungai yang dilakukan bersama dengan urut usapan(touch therapy) selama 7 hari. Diikuti dengan urut sentuhan (wellness massage) selama 2 minggu. Urutan ini dapat mengembalikan kesegeran dan meringankan tubuh ibu bersalin.


Selepas 2 minggu, dengan urutan sentuhan, dilakukan juga urut asak atau therapheutic massage serta tuaman tuku sehingga hari ke-40 pantang bersalin. Urut asak adalah rawatan paling penting dilakukan kerana tugasnya adalah untuk menyediakan posisi rahim dan membolehkan ibu bagi rawatan sengkak. Urutan ini juga dapat membantu memulihkan dan mengembalikan kemantapan dan kekuatan otot, urat saraf, sendi, serta mengeluarkan darah nifas dan darah bayam.


Selepas 40 hari, urut sengkak atau deep tissue massage dilakukan selama 3 hari dijalankan.

Selepas sebulan bersalin amat penting melakukan rawatan bertangas dan berendam herba (sitz bath) untuk mengelak dari serangan masuk angin. Jika petua-petua ini dipraktikkan dengan tekun buat para ibu agar dapat mempertahankan kesegaran organ reproduktif seseorang wanita kembali mantap dan terpelihara.