Rabu, 11 Oktober 2017

ULASAN EBOOK


Berinformasi. Perkataan pertama muncul di fikiran saya selepas membacanya. Memberi saya pelbagai ilmu pengetahuan mengenai perawatan dan masalah wanita bagi mendapatkan rahim yang sihat. 

Perkongsian berkenaan makanan apa yang boleh dimakan dan diamalkan serta makanan apa yang perlu dielakkan. Makanan apakah yang bersifat panas dan makanan apakah yang bersifat sejuk. Setiap darinya disenaraikan supaya mudah untuk membaca. Hasil pemakanan yang baik melahirkan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat melahirkan emosi yang stabil. Emosi yang stabil sangat penting sepanjang proses kehamilan sehingga berpantang. 

Perkongsian ini sangat membantu lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang akan melalui pengalaman hamil anak pertama serta pasangan yang sedang berikthiar memiliki anak. Dengan adanya informasi ini yang dikumpulkan di dalam satu ebook, ditulis oleh Puan Nur Syatirah Shuib seorang bidan yang berpengalaman dapat menjadi panduan dan persediaan pada mereka apa yang perlu dilakukan.

InsyaAllah, ebook ini akan membantu para wanita lebih peka dengan kesihatan rahim mereka. Mengetahui kepentingan menjaga rahim kerana di situ akan lahirnya zuriat pengikat kasih sayang suami isteri, lahirnya seorang khalifah Allah yang akan mentadbir bumi serta menambah lagi bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W.

Pengluas : Nurshuhada Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan