1. Jika anda ada masalah Hormon, iaitu kitaran haid tidak teratur, anda sebenarnya mempunyai masalah lebihan kolesterol di dalam bada.
Adalah disyorkan untuk anda mengambil makanan yang mengandungi lemak baik, iaitu lemak tak tepu (monounsaturated fat). Lemak ini bagus untuk otak dan jantung di mana ia sangat bagus membantu untuk menstabilkan hormon progestron di dalam badan.
Antara buah yang dicadangkan bagi mereka yang ada masalah rendah kandungan hormon estrogen adalah buah durian kerana ianya tinggi phytoestrogen. Namun, jarakkan masa lebih dari 4 jam jika anda mengambil ubatan atau herba.
Selain itu, buah avokado membantu tubuh menyerap gizi dengan baik. Ianya kaya dengan lemak tidak tepu (unsaturated fat), vitamin E, serat, magnesium dan potassium bagi membantu menstabilkan hormon dalam badan.
Minyak zaitun juga perlu diambil setiap hari bagi menstabilkna hormon progestron dalam badan anda.
Asid lemak seperti Omega-3 juga sangat bagus untuk diamalkan. Minyak ikan dan flaxseed oil membantu menstabilkan hormon anda agar kembali stabil.
Buah Plum juga adalah buah yang bagus untuk mendapatkan kitaran haid yang bagus. Ia akan menormalkan hormon estrogen di dalam badan.
Buah Badam juga bagus kerana mengandung monounstaurated fat, zink dan magnesium.
2. Jika anda mempunyai masalah senggugut, maka buah yang disyorkan untuk anda adalah buah-buahan yang bersifat panas dan mampu membuang lebihan angin di dalam badan seperti buah-buahan kering iaitu buah kurma dan tin.
Buah lain yang bagus adalah strawberri, epal merah, aprikot, blueberry, delima, kiwi, anggur (kuantiti sederhana).
Sayur yang dibenarkan adalah:-
Brokoli, lobak merah, lada benggala,lobak putih, batang saderi, pegaga, pucuk ulam,oren, pir, tomato dan taugeh.
Brokoli, lobak merah, lada benggala,lobak putih, batang saderi, pegaga, pucuk ulam,oren, pir, tomato dan taugeh.
Elakkan sama sekali memakan buah-buahan dan sayuran di bawah ini:-
Nangka, cempedak, buah naga, mangga hijau (belum masak) , nenas, markisa, tembikai, tembikai susu, labu, kelapa,jambu batu, kedondong, cermai, belimbing, sukun, salak, terung, kacang bendi, kacang panjang, kacang buncis, salad, petola, kubis, timun,lada, ubi-ubian.
Sayuran dan buah-buahan yang ditanam di Malaysia kebanyakannya adalah kategori sejuk,maka jika anda hendak makan sedikit sayur di atas, adalah disyorkan anda masak atau tabur di atasnya bersama lada hitam, halia dan kunyit.
3. Lebihkan rempah-ratus dalam masakan kerana ianya bersifat panas. Sayur yang kita makan hampir kebanyakannya sejuk. Maka, perlulah seimbangkan semula dengan rempah ratus seperti jintan putih, lada putih, lada hitam, kayu manis dan halba.
Halba sangat bagus dimasukkan ketika memasak nasi kerana ianya membantu sistem penghadaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan