Khamis, 5 Oktober 2017

Kemahiran Berasmara bersama Suami Untuk Ikhtiar Hamil

Tips Bersama Suami

Petua ini adalah cara terbaik bagaimana anda yang ada masalah rahim kembang dan ada masalah kewanitaan boleh klimaks.

Membuang air kecil atau besar. Selesaikan segala hajat agar kita lebih selesa ketika bersama. Ambil kain & keringkan kawasan organ intim kita. Kemudian berwudhuklah agar malaikat ada bersama dengan kita dan mendoakan agar anak yang lahir adalah anak yang soleh. Kita juga akan lebih tenang dan selesa untuk bersama suami.

Kemudian, sapukan Minyak herba di perut dan tapak kaki, seterusnya berstokin. Ianya untuk memberikan anda keselesaan dengan suhu yang panas. Rata-rata mereka yang ada masalah kewanitaan, akan mudah seram sejuk, sejuk tapak kaki, alah dengan kipas dan penghawa dingin. Apabila suhu ini mengganggu anda, maka anda akan hilang fokus dan susah untuk klimaks.

Seterusnya memakai baju yang sesuai. Jika anda jenis yang mudah sejuk, biarlah baju itu tebal tetapi seksi. Ianya juga membantu menaikkan ghairah suami. Pakailah wangian yang bagus untuk kesuburan seperti minyak zaitun yang dicampurkan dengan aromaterapi Frankinsense. Ianya akan menciptakan kedamaian dan memudahkan kita untuk ghairah dan klimaks. Mereka yang mengambil mudah dengan petua yang ringkas ini akan mudah dingin dan tiada perasaan untuk bersama.

Petua seterusnya, minta suami bacakan doa untuk bersetubuh dan doa untuk mendapat zuriat yang bagus. Kemudian, sediakan sedikit madu di dalam botol. Letakkan pada puting payudara dan minta suami isap kedua-dua belah. Aktiviti hisapan ini akan membantu kita untuk gembira dan tenang kerana ianya mempengaruhi hormon kita.

Minta suami urut di bahagian organ intim dan perut sedikit menggunakan minyak zaitun asli. Ianya bertujuan melembutkan otot di sekelilingnya dan mempercepatkan klimaks. Urutan dilebihkan pada sebelah kanan organ intim wanita kerana di situ terdapat saraf yang membantu merawat masalah batin. Kemudian, minta suami lajukan sedikit pergerakan menggunakan jari telunjuk pada sebelah kiri clitoris dengan posisi suami di sebelah kiri isteri sambil menghisap puting di sebelah kiri. Tangan kanan isteri pula menggerakkan puting sebelah kanan dan lakukan kemutan seperti menahan air kencing dengan menahan nafas.

Jika isteri ada masalah vagina longgar, iaitu keputihan yang banyak, sebelum bersama, buatlah tangas basah dan kering. Kemudian, gunalah minyak khas untuk vagina bagi membantu mengetatkan vagina ketika hubungan kelamin. Masaklah minyak anggur bersama manjakani dan daun sireh untuk membuat minyak vagina yang ringkas. Minyak ini akan membantu mengetatkan dan mempercepatkan anda untuk klimaks.

Pastikan kepala tidak memikirkan masalah lain untuk mendapatkan klimaks yang betul-betul berkesan. Apabila klimaks, anda akan rasa puas dan kejang pada punggung, pinggang dan perut.  Ketika anda rasa puas, sebenarnya hormon Follicel Stimulating Hormone (FSH) & Leutinizing Hormone (LH) dibebaskan apabila ianya mencapai tahap klimaks. Maka, ovum yang dibebaskan daripada ovari akan bersenyawa dengan spermatozoa dari air sperma suami. Ketika klimaks, anda akan mengeluarkan cecair putih telur, di mana proses ini sangat penting untuk membantu air mani sampai dengan selamatnya ke uterus.

Elakkan dari terus bangun sebaik selepas bersama. Sebaiknya rehat dahulu jika ingin bangun mengambi wudhuk atau terus sahaja tidur. Jika terus bangun, air mani akan kelaur semula dan menyebabkan peratusan persenyawaan untuk berlaku rendah terutama bagi anda yang mempunyai masalah vagina longgar. 

Selepas bersama, elakkan minum air kopi kerana ianya bersifat diuretik. Semua herba bersifat diuretik hendakah dihindarkan kerana ianya boleh menyebabkan keguguran janin. Contoh lain seperti air tebu, air gas, nenas dan tapai juga adalah antara makanan yang perlu dielakkan jika anda ingin hamil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan