Rabu, 11 Oktober 2017

ULASAN PEMBACA

Ebook yang saya akan ulas adalah hasil penulisan Puan Nur Syatirah Shuib atau lebih dikenali sebagai Kak Bidan Sempoi. Naskah ini mempunyai banyak informasi baru tentang kesuburan dan kehamilan. Kita pun sedia maklum yang sekarang ini, ramai pasangan yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat. Jadi boleh timba ilmu melalui pembacaan dari ebook dalam salah satu usaha untuk hamil ataupuan yang merancang untuk hamil kali kedua. 

Proses kehamilan adalah proses yang panjang dan boleh dikatakan stress, jadi penulis ada menerangkan beberapa panduan untuk ibu-ibu hamil kawal stress tersebut. Dari proses kehamilan, seterusnya proses bersalin dan berpantang diterangkan dengan pelbagai input penting yang ibu-ibu harus ambil tahu.

Hasil penulisan beliau yang menyusup ke hati. Susunan kata yang membawa kita untuk baca dan terus baca. Ilmu yang sangat ilmiah dan berguna untuk mereka yang masih menunggu kehadiran cahaya mata, lagi-lagi untuk kali yang pertama.

Pengulas: Hazwani Abd Hamid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan