Rabu, 11 Oktober 2017

ULASAN PEMBACA


Tercari-cari sebuah naskah untuk dihadiahkan kepada kawan. Penat mencari akhirnya terjumpa naskah hasil karya penulisan Puan Syatirah. Puan Syatirah bukan sekadar bidan biasa, beliau sangat kaya dengan ilmu kewanitaan. Setiap perkongsian dan persoalan pasti turut dikongsi dengan cara tradisional dan sains.  Bukan mudah untuk mendapat ilmu sebegini iaitu, Dua dalam Satu.


Beliau juga turut memuatkan petua tradisional dan disusuli dengan sokongan sains dan perubatan moden. Melalui penulisan beliau, saya sangat tertarik dengan tajuk perhubungan intim. Asalnya saya ingin menghadiahkan kepada kawan, tetapi akhirnya saya turut membeli senaskah untuk diri sendiri.


Terasa seperti menyesal pulak kerana baru sahaja tahu bahawa terdapat banyak ilmu kewanitaan dari hujung rambut sampai hujung kaki telah dikongsi dalam naskah tersebut. Saya cetak dan letakkan bawah bantal. Senang "ulang kaji"sebelum tidur, sayang suami lah katakan. Tahniah dan terima kasih kakak bidan di atas segala perkongsian ilmu.


Pengulas: Puan Mazlina Omar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan