Bercakap soal 'pantang' kita semua akan terbayangkan wanita yang baru sahaja melahirkan bayi. Pantang ini khusus untuk wanita. Sejak turun-temurun wanita yang bersalin akan mengalami proses berpantang yang biasanya akan diuruskan oleh ibu,mak mertua atau bidan. Bagaimana dengan pantang sendiri? Bagaimana dengan pantang keguguran? Ebook ini dari wanita untuk wanita. Istimewa berkisar mengenai pantang. Banyak petua dan panduan boleh kita perolehi di sini kerana penulis pemilik Qulusa Therapy yang punya kepakaran dalam prosedur pantang. Antaranya tip ikhtiar hamil, peranan suami mengurus isteri berpantang, cara berpantang sendiri,amalan selepas bersalin, tip urus stres sehinggalah cara berasmara dengan suami ada dibongkarkan di sini. Banyak koleksi rahsia sebenar pantang yang kita tidak tahu akan diketahui satu persatu.
Pengulas: Bibi Normi Md Noor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan