Rawatan yang paling perlu untuk dijalani oleh ibu bersalin adalah urutan. Ibu selepas bersalin memang lemah tubuh badannnya kerana kekurangan darah yang banyak dan sakit pinggang disebabkan proses bersalin yang merenggangkan tulang serviks.
Urutan adalah perlua kerana ianya membantu mengeluarkan sisa baki darah nifas. Apabila darah nifas anda tertinggal di dalam uterus, rahim anda tidak elastik iaitu rahim kembang dan tidak mengecut sepenuhnya ( Subinvolusi) walaupun selepas habis tempoh pantang dan boleh menyebabkan pendarahan berterusan. Inilah kenapa ada ibu-ibu berpantang yang pendarahannya melebihi 60 hari. Selain itu, pengecutan rahim juga tidak berlaku sepenuhnya disebabkan faktor usia dan pemakanan anda yang tidak sihat.
Wanita selepas bersalin tubuh badannya akan berubah. Rahim yang membesar beribu-ribu kali ganda akan mengecut. Rahim yang besar menghimpit usus dan buah pinggang. Proses kelahiran bayi memberi tekanan kepada otot dan saraf. Maka, seluruh sistem badan akan menurun. Jadi, jika tiada rawatan selanjutnya selepas sahaja bersalin, maka proses pemulihan badan menjadi lambat.
Maka, wanita yang tidak mendapatkan rawatan ketika berpantang seawal sejurus bersalin akan mudah mengumpulkan lemak di dalam badan kerana sistem badan tengah lemah. Sembelit yang dibiarkan lama akan menyebabkan darah anda bertoksik. Maka, semakin lama, toksik dan lemak semakin banyak. Kebiasaanya toksik di dalam badan manusia ialah 8kg. Maka, jika berat badan anda sekarang melebihi 8kg daripada berat badan ideal, bermakna lebih daripada 8kg toksik di dalam badan anda.
Kerana Urut membantu mendiagnos dan merawat organ yang bermasalah pada badan anda. Terdapat lebih daripada 360 titik meridian di dalam tubuh badan kita.
Urut bagi wanita membantu mengencangkan otot. Apabila otot kita kencang, maka, seluruh organ kita akan sihat dan berada pada posisi yang betul.
Contoh, otot punggung yang menggelebeh (terjatuh) ke bawah menandakan rahim dan vagina anda terlari daripada posisi asal.
Cuba perhatikan otot mereka yang kencing manis. Mereka ini jarang berurut. Maka, perjalanan darah tak lancar dan gula tinggi dalam darah. Otot mereka kendur. mereka ini pada usia tua akan mudah terkena tombong.
Orang yang rajin berurut, otot kulitnya tegang. Mereka ini awet muda taw! Tambah lagi kalau minyak urut tu ada Essential Oil yang bagus untuk kulit, lagi la kesannya super duper power ;-)
Buat wanita yang idamkan aset yang cantik, rajinlah berurut. Tombong terjadi apabila otot yang memegang rahim lemah. Apabila sudah terbonjol keluar, dengan keadaaan otot yang lemah, bukan mudah untuk ia kembali semula dalam masa yang cepat. Ia akan menjejaskan hubungan suami isteri dan keselesaan anda untuk bergerak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan