Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Kita adalah insan bertuah yang dilahirkan sebagai seorang wanita. Istimewanya kita kerana mempunyai rahim yang membolehkan kita untuk mengandung dan melahirkan. Kita boleh merasai saat manis dan pahit ketika mengandung dan melahirkan. Begitu juga pengalaman membesarkan anak-anak membuatkan kita lebih matang menempuhi liku-liku perjalanan hidup.
Namun, ada juga yang berdukacita dengan masalah kewanitaan yang menyebabkan mereka sukar untuk hamil. Pelbagai kritikan dan sindiran diberikan kepada mereka yang sukar hamil. Maka, semoga perkongsian yang disampaikan mmapu membantu anda merawat masalah kewanitaan dan juga membantu memberikan anda semangat untuk terus berusaha ikhtiar untuk hamil.
Saat paling bahagia bagi seorang wanita adalah apabila disahkan hamil setelah sekian lama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Di dalam penulisan ini diselitkan juga bagaimana pemakanan sihat dan penjagaan ketika diawal kehamilan. Penjagaan ini sangat penting kerana jika tersalah cara boleh menyebabkan keguguran.
Sepanjang tempoh kehamilan, ibu-ibu hendaklah mengambil pemakanan sihat agar janin yang membesar akan sihat tubuh badan dan kuat imuniti badannya. Selain itu, penulisan ini juga memuatkan senaman bagi melegakan sakit pinggang dan membantu ibu-ibu untuk bersalin secara normal.
Kembali langsing semasa dalam tempoh berpantang adalah impian setiap wanita yang menjadi ibu. Namun, bukan mudah untuk langsing andai tiada penjagaan dan rawatan yang lengkap dijalankan. Maka, penulisan ini memuatkan pelbagai resepi dan petua untuk berpantang dengan bahagia.
Terakhir sekali adalah menjarakkan kehamilan secara alami. Ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah hormon selepas bersalin. Maka, petua yang dikongsikan ini akan membantu ibu-ibu yang ingin menjarakkan kehamilan secara alami, dalam masa yang sama membantu untuk kekal sihata dan cergas menguruskan keluarga.
Semoga kita diberikan kelebihan oleh Allah untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat penjagaan yang tepat dan betul. Amin.
Ikhlas,
Nur Syatirah Shuib
Kak Bidan Sempoi
Qulusa Therapy
Kota Kinabalu Sabah.
018-3677769.
6 Oktober 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan