Jumaat, 29 September 2017

Petua Kurus Selepas Bersalin

PETUA CEPAT TURUNKAN BERAT BADAN dari Aspek Perbidanan Melayu Lama





Ramai yang beranggapan bahawa kolesterol daripada pemakanan berlemak sahaja penyumbang kepada berat badan. Jadi, banyak rawatan pelangsingan badan berfokus kepada rawatan lemak sahaja.

Namun, pengalaman Ummi menguruskan ibu-ibu berpantang dan mereka yang sukar mendapatkan zuriat, kebanyakannya ada masalah obesiti. Kenapa? Kerana dua golongan ini ada masalah pada peranakan, iaitu peranakan tidak kecut walaupun ketika tidak haid. Kita sedia maklum bahawa proses mengandung & proses ketika haid adalah keadaan di mana rahim mengembang. Apabila rahim mengembang, maka perut kita akan lebih buncit dan besar daripada biasa!
Ramai orang beranggapan bahawa lemak sahaja yang menampakkan buncit! Ianya salah.
Jika anda ada masalah kitaran haid, masalah hormon, keputihan, sembelit, kencing kotor dan sejuk tapak kaki, ia adalah petanda bahawa rahim anda tengah memberi 'signal' ianya sakit!

Jika kita perhatikan rahim, pundi kencing dan usus besar, ianya bersebelahan. Jika salah satunya jatuh, ia akan memberi kesan kepada dua organ yang lain. Maka, mereka yang sembelit, suka meneran. Proses meneran memberikan tekanan kepada otot rahim dan boleh menyebabkan ianya terturun! Mereka yang lama di dewan bersalin dan kerap meneran, akan mengalami buasir yang teruk semasa berpantang! Maka, keadaan yang sakit ini menyebabkan anda jarang membuang air besar dan lama-kelamaan toksik akan berkumpul terlalu banyak di dalam badan. Semakin banyak toksik, semakin bertambah berat badan anda. Itulah sebabnya kenapa mereka yang obesiti asyik mengantuk, ianya kerana kurang oksigen dalam badan!

Maka, satu kaedah yang terbaik bagi membantu menurunkan berat badan ialah bertangas. Dengan bertangas, rahim kecut. Maka perut automatik akan kempis! Rahim yang mengembang memberi tekanan kepada usus dan menyebabkan sembelit. Itulah sebabnya kenapa sukar turun berat badan jika sembelit. Maka, asap tangas yang memasuki lubang anus akan mengembang dan memudahkan najis untuk keluar. Ketika anda tengah bertangas, anda akan terus merasa untuk membuang air besar. Apabila najis keluar dengan lancar, maka masalah gastrik juga akan beransur sembuh.

Tangas sahaja tidak mencukupi jika anda tidak memakan herba yang membantu proses penghadaman. Makanan bergoreng dan bersifat sejuk menyebabkan lemak membeku di dalam darah. Maka, herba yang panas ini membantu menghancurkan ketulan lemak ini dengan lebih pantas. Habbatus sauda adalah antara herba terbaik bagi menghancurkan ketulan lemak ini dan ianya digunakan dalam pembuatan maajun.

Selain itu, proses detoks paling cepat adalah melalui kulit. Ibu berpantang yang rajin meletak tepel berut sebelum berbengkung, akan lebih cepat turun berat badan berbanding berbengkung tanpa memakai sebarang herba.

Herba boreh sangat bagus untuk proses detoks dan rawatan saraf. Bagi ibu-ibu yang bengkak kaki, anda boleh pakai herba ini, dibuat masker di kaki dan balut dengan plastik. Dua tempat yang boleh dilakukan adalah pada tapak kaki dan perut. Ianya dilakukan pada sebelah malam. Apabila bangun pagi, anda akan dapati peluh sangat banyak yang keluar. Kemudian, payudara anda akan bengkak dengan susu. Perut anda akan keliahatan kempis dan selalunya akan turun dua hingga ke tiga inci berdasarkan pengalaman menguruskan pakej pelangsingan ibu berpantang.







Khamis, 28 September 2017

Peranan dan Tanggung Jawab Suami

Peranan dan Tanggung Jawab Suami 

Suami sangat diperlukan ketika isteri berpantang. Sokongan emosi dan fizikal sangat diperlukan saat badan lemah dan pertambahan bilangan ahli keluarga.

Antara tanggung jawab suami adalah:-

1) Menyediakan tempat yang selesa untuk isteri berpantang.
2) Perlu merancang orang yang boleh membantu menjaga isteri dan anak saat ketika bekerja.
3) Perlu menyediakan wang yang cukup untuk keperluan isteri dan anak.
4) Mencari Ustaz untuk tahnikkan anak ketika 2 minggu awal bersalin.
5) Mencari bidan yang terbaik untuk merawat isteri.
6) Bekerjasama menjaga anak saat anak berjaga malam.
7) Sentiasa peka dengan keperluan isteri.
8) Menguruskan akikah anak.

Ini adalah antara tanggung jawab utama buat suami pada masa kini.

Kegagalan membantu isteri saat isteri berpantang akan menyebabkan kerukunan rumah tangga terjejas. Semakin lama dibiarkan emosi isteri terdera, isteri akan menyimpan dendam dan lama-kelamaan isteri akan mengungkit dan ianya sangat bahaya kepada sesebuah keluarga.

Suka dijelaskan bahawa isteri yang sihat, emosinya sihat. Isteri yang sakit, emosinya juga sakit. Jadi, pentingnya memastikan isteri sentiasa sihat kerana tanggungg jawabnya menyusukan anak, kurang tidur memang akan menyebabkan isteri mudah stress dan marah.

Paling ditekankan untuk pihak suami mengurangkan aktiviti bersosial di luar atau melalui telefon saat isteri berpantang. Isteri yang sakit dan anak yang masih kecil amat memerlukan perhatian emosi dan jasmani. Isteri di dalam pantang mudah mengikut emosi. Maka, luangkanlah masa bersama isteri dan anak-anak agar mereka rasa disayangi.

Hadiahkanlah juga isteri hadiah yang akan membuatkannya berasa dirinya dihargai sebagai seorang isteri. Jika tak mampu dari segi kewangan, cukuplah dengan ucapan terima kasih dan tahniah. Perkara yang kecil begini akan membuatkan isteri rasa dihargai.


Suami Sebagai Perawat Ketika Isteri Berpantang.


Masalah Utama yang sering diadu oleh Ibu Berpantang adalah Sakit Pinggang dan Sakit Bahu.

Antara faktor sakit pinggang adalah:-

1) Kehamilan 
Berat bayi yang bertambah di dalam kandungan memberikan tekanan kepada otot pinggang.
2) Berdiri Terlalu Lama contohnya seorang guru.
3) Tekanan Gas (Angin) Pada Usus dan Apendiks contohnya golongan akauntan yang stress dengan kerja atau golongan yang dikejar dengan due date kerja dan lewat makan.
4) Proses Bersalin yang Meregangkan Otot Tulang Pelviks bagi Ibu Bersalin
5) Mengangkat Berat (Menggunakan Otot Pinggang, iaitu dengan kaedah yang salah) seperti Ibubapa yang rajin membuat kerja rumah.
6) Otot tegang sekitar betis, peha dan punggung akibat banyak menggunakan otot tersebut di dalam aktiviti ahrian seperti atlit dan ibu yang menyusukan anak.

Apakah beza Senaman & Urutan?
* Senaman merawat masalah otot-otot besar. Ia mengambil masa yang lama untuk sembuh.

* Urutan pula merawat otot dan saraf berfokus kepada send-sendi badan. Ianya ebih cepat berkesan.



Bagi Bersalin Normal

1. Minta isteri meniarap.
2. Kemudian, letakkan bantal lembut di bawah alat sulit isteri supaya tidak memberi tekanan kepada alat sulit yang ada jahitan episiotomi ketika proses urutan dijalankan.
3. Kemudian Gunakan Siku, tekan pada bahagian pinggang, iaitu point B47 dan B23. Jarak antara 2 titik itu hanyalah jarak 1 ruas jari. Tekan pada setiap titik selama 15 saat dan diulang sebanyak 3 kali.






Petua Kawal Stress Ibu Hamil

Ibu hamil sentiasa dipengaruhi oleh hormon. Maka, mereka mudah terasa dan tersinggung.
Perkara yang perlu diambil perhatian ialah kesihatan ibu tersebut. Kebanyakan wanita mudah stress apabila badannya sakit.

Antara petua Kawal Stress Ibu Hamil ialah:-

1) Bercerita kepada suami apa permasalahan yang dialami. Jika anda rasa suami sibuk, berterus-teranglah dan minta dia peruntukan sedikit masa untuk keluar bersama.

2) Bertanyakan soalan atau permasalahan anda terus kepada pakar seperti bidan atau tukang urut yang berpengalaman dan mahir menguruskan ibu berpantang.

3) Anda perlu kenal pasti punca stress anda. Jika stress disebabkan anda sakit pinggang dan loya, maka carilah tukang urut untuk mengurut melegakan kesakitan yang dialami.

4) Jika anda stress dengan nurse yang asyik memarahi anda disebabkan hemoglobin anda selalu rendah, maka perkara pertama yang anda perlu kenal pasti adalah keadaan gas (angin) di dalam perut atau diet anda yang tidak seimbang. Pengalaman saya menguruskan ibu hamil, kebanyakan mereka yang ada masalah hemoglobin rendah adalah disebabkan gas (angin) yang terlalu banyak di dalam badan.

 Anda boleh cuba resepi di bawah:-
100gm halia
10 helai daun pandan.
300gm gula merah
2 liter air tapis

Caranya:-
Kisar halia bersama daun pandan. Kemudian rebus bersama air sehingga mendidih selama 15 minit. Selepas itu tutup api dan masukkan gula merah apabila ianya sejuk. Sejukkan selama 1 jam dan tapis. Bolehlah diminum ketika bangun tidur dan sebelum tidur.

Setelah Gas dikeluarkan daripada dalam perut, perbaikilah diet, elakkan makan bercampur protein seperti ikan bercampur ayam dalam satu masa.

Kemudian, anda boleh mencuba jus ini:-
100gm kurma merah
100gm goji
100gm kurma kering
100gm longan

Caranya:-
Rebus kesemua bahan menggunakan api perlahan selama 1jam dan tutup api.
Boleh diminum pada setiap pagi dan petang.

Anda mesti keluarkan gas daripada perut dahulu barulah mencuba makanan tinggi zat besi dan Vitamin C agar kesannya lebih cepat untuk meningkatkan HB.

5) Bagi mereka yang mengalami stress yang tak terkawal, anda hadirilah majlis ilmu dan banyakkan membaca al-quran kerana keadaan itulah keadaan alpha di mana anda akan lebih tenang, insyaAllah.



Amalan Elak Meroyan

Amalan Elakkan Meroyan yang Mudah untuk Diamalkan :-

1) Sebaik sahaja bersalin, ucapkan Alhamdulillah dan cuba sujud di atas katil seumpama kita memberi isyarat tundukkan kepala dan niat di dalam hati, terima kasih ya Allah atas kurniaanMu ini.
Jika pada permulaan bersalin, fokus kita hanya pada sakit bersalin, maka kita akan lagi stress dan mudah sakit. Jadi, kembali kepada Allah yang memberi kita peluang dan ruang untuk merasa mempunyai zuriat yang kita kandung sendiri.

2) Kemudian, minta suami buatkan air penawar. Minta bacakan Surah Al-Fatihah pun cukup jika suami kita sibuk. Surah Al-fatihah sendiri adalah surah ketenangan dan digunakan dalam perawatan. Jika tiada suami, boleh niat sebagai doa dan membacanya sambil berdoa diberikan kesihatan dan dielakkan daripada gangguan makhluk halus.

3) Perbanyakkan berzikir.

4) Pasang radio mengaji al-quran di dalam bilik kita. Kadang-kadang kita lalai disebabkan anak menangis dan kita sibuk uruskan diri. Jadi, apabila radio dipasang 24 jam, maka kita mudah fokus semula kepada ayat-ayat al-quran yang dibaca.

Zikir dan ayat Al-Quran akan memberi tenaga positif kepada badan kita. Ketenangan yang sukar digambarkan walaupun kita tidak solat dan sakit.

5) Elakkan melayari internet terlalu banyak terutamanya facebook kerana mata kita akan mudah kabur.

6) Elakkan mencari cerita buruk atau melihat kejadian kemalangan. Elakkan juga mencari maklumat tentang meroyan ketika di dalam pantang kerana ia hanya menarik tenaga negatif ke dalam badan.



Amalan untuk Ikhtiar Hamil

Antara amalan yang boleh dilakukan untuk ikhtiar hamil adalah:-

1) Melazimkan diri untuk istighfar dan berselawat setiap hari.
2) Menjadikan amalan membaca Surah Maryam. Baca dan hayati maksud tersirat di dalamnya. Dapatkan kekuatan dan keyakinan kepada Allah di dalam surah Maryam tersebut.

Nabi Allah Zakaria diuji dengan kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Walaupun usianya yang tua dan isterinya yang mandul, Allah makbulkan juga hajatnya untuk memperoleh zuriat.

Baca dan ulang tujuh kali ayat ke-7 dari Surah Mariam dan hayati bagaimana Allah kabulkan doa dan permintaan anda.

Allah berfirman, ''Wahai Zakaria! Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak laki-laki namanya Yahya yang kami belum pernah memberikan nama seperti itu sebelumnya.

Minta anda rasakan perasaan gembira dan teruja sambil memegang perut bahawa anda disahkan hamil buat kali yang pertama! Ucapkan, Syukur Alhamdulillah ya Allah kau telah kabulkan permintaanku untuk Hamil!'

Kemudian buatlah sujud syukur dan zahirkan kesyukuran di atas segala nikmat yang Allah telah berikan kepada diri anda. Banyakkan bersyukur agar Allah tambahkan lagi nikmatnya!

Kemudian, saat perasaan dukacita itu hadir, 'Bolehkah aku hamil ni? Semua orang kata aku mandul! Telitilah pula ayat ke-8 dan ke-9.

Bagaimana Allah menjawab satu persatu persoalan anda!

8. Dia (Zakaria) berkata, "Ya Tuhanku, bagaimana aku dapat mempunyai anak, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua?'

9. Allah berfirman, " Demikianlah Tuhanmu berfirman, "Hal itu mudah bagiku; Sungguh engkau telah aku ciptakan sebelum itu, padahal pada waktu itu engkau belum lagi wujud. 

Saat perasaan sedih itu hadir, baca dan teliti maksud ayat ke-8 dan ke-9 ini. Rasakan bagaimana Allah mendengar rintihan anda dan memberikan nasihat dan keyakinan baru buat anda!

Amalan 3 hari untuk anda diringkaskan di bawah:-

1) Ambil cuti selama 3 hari dan bercuti di mana-mana seorang diri dengan keizinan suami atau pergi bersama suami. Carilah tempat yang jauh dari manusia dan dekat kepada alam ciptaan Allah bersama bunyi kicauan burung-burung.

2) Berpuasalah pada tiga hari berturut-turut.

3) Bangunlah pada satu pertiga malam dan beribadah malam

4) Bacalah Surah Maryam dengan nada kuat dan hayatilah maksudnya. Jika dapat menghafal ayat dan maksudnya adalah lebih baik. Saat membacanya, praktiskan apa yang disebutkan di atas.

5)  Tutup telefon dan elak berkomunikasi dengan orang lain saat itu. Istighfar dan berzikirlah sebanyak-banyaknya selama 3 hari tersebut. Carilah kekuatan anda selama 3 hari tersebut. Berdoalah bersungguh-sungguh seakan Allah dekat dan hampir dengan anda.

6) Sesali kesilapan dahulu yang anda banyak mengikut hawa nafsu. Banyak melupai Allah dan lalai dengan kehidupan dunia. Merintih dan berdoalag begini:-

Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku kerana aku banyak mengambil makanan yang menyebabkan seluruh sistem badan aku rosak. Ya Allah aku telah bertaubat kepadaMu. Aku Ampunkanlah segala kejahilanku. Ya Allah Aku teringin sangat memiliki zuriat. Zuriat ini akan menyambung perjuanganku. Aku risau jika aku tidak memiliki zuriat, ilmu dan perjuanganku akan terkubur.
(Nyatakan kenapa anda inginkan sangat zuriat dan apa terjadi andai anda tidak memiliki zuriat)

Kemudian, seusai berdoa, bertasbihlah sebanyak-banyaknya di waktu pagi dan petang.

Allahu Akbar! Inilah amalan yang telah Allah tulis di dalam kita suci Al-Quran. Sesungguhnya ujian yang Allah datangkan, telah ada bimbingan di dalamnya.

Jika anda yang berjauhan dengan suami, tidak mustahil untuk anda hamil. Bagaimana Maryam yang belum berkahwin dikurniakan zuriat, sedangkan beliau hanya beribadah kepada Allah? Inilah mukjizat dan kehebatan Allah Subhanahu Wataala. Tiada yang mustahil untuk anda hamil!





Makanan & Aktiviti Yang Wajib Dielak jika Ingin Hamil

Ini adalah sebahagian daripada makanan yang dilarang apabila anda ingin hamil.

Arak bersifat terlalu panas, maka ianya tidak sesuai untuk bayi dalam kandungan. Ia juga boleh menyebabkan keguguran.

Air bergas pula tinggi asid dan gas. Apabila diminum, perut akan terlebih gas di dalam badan. Gas yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan gastrik. Apabila perut kembung, rahim anda turut sejuk. Maka, rahim yang sejuk adalah tidak subur.

Buah yang tinggi kandungan gas juga wajib dielakkan. Antaranya buah yang berbau kuat seperti cempedak dan nangka. Manakala, di Sabah pula, buah tarap dan bambangan hendaklah dielakkan jika ingin merancang untuk hamil.

Sayur yang berangin adalah sayur yang tinggi kandungan air dan tumbuh secara menjalar seperti kangkung, timun, peria,  ubi kayu, kacang panjang, kundur, kacang bendi,petola, kubis dan labu.

Nenas dan tebu juga adalah makanan kategori sejuk dan tajam. Ianya tidak sesuai dimakan terutama ketika haid, ketika waktu subur dan diawal kehamilan. Amalan memakan buah yang bersifat tajam ini menyebabkan rahim anda lemah.

Antara buah yang boleh menyejukkan rahim adalah:-
Kelapa, langsat, ciku, mangga muda, nangka, sukun, salak, tembikai, tembikai susu, cermai dan jambu air.

Selain itu, elakkan juga makanan segera dan tinggi bahan pengawet seperti ayam goreng, kentang goreng dan burger. Makanan yang digoreng adalah tinggi kalori dan kolestrol. Pemakanan berterusan makanan yang tinggi kolestrol dan kalori akan menyebabkan masalah hormon di kemudian hari. Anda akan dapati bahawa kitaran haid anda mulai lewat dan perut semakin buncit. Perut buncit petanda kolestrol dan rahim anda tengah mengembang dan susah untuk kecut kembali. Inilah antara punca utama kenapa ramai sangat wanita pada hari ini yang mempunyai masalah hormon.

Elakkan juga memakan sayap ayam. Sayap ayam yang dicucuk hormon tumbesaran akan menyebabkan hormon anda juga turut terganggu.

Elakkan juga makanan yang melalui proses ubah suai genetik GMO
(Genetically Modified Organism). Antara makanan yang banyak melalui proses GMO adalah jagung, kentang, soya, ayam dan daging haiwan yang memakan makanan GMO. Apabila anda makan makanan yang telah melaui ubah suai genetik, maka badan anda juga akan berlaku perubahan hormon.

Sebagai wanita, seuruh sistem badan kita banyak dipengaruhi oleh hormon. Paras hormon sentiasa berubah mengikut keadaan kita. Hormon ketika haid, selepas haid, ketika waktu subur dan ketika mengandung dan menyusu semuanya dipengaruhi oleh hormon. Apabila ianya tak seimbang, maka amatlah sukar untuk kita hamil.

Maka, jagalah apa yang kita makan kerana aktiviti hormon di dalam tubuh badan kita berkait rapat dengan darah. Apabila darah kita tinggi kolestrol dan gula, maka aktiviti hormon akan terganggu. Maka, elakkanlah makanan tinggi kolestrol dan gula. Bagi rahim yang sihat pula, elakkan makanan bersifat sejuk kerana ia akan mempengaruhi tahap elastiknya rahim kita. Apabila rahim elastik, mudah untuk kecut dan mengembas mengikut waktu yang sesuai, maka mudahlah untuk kita hamil.

Satu lagi petua orang dahulu, elakkan berjalan di tepi Pokok Haba Neraka. Debu bunga yang dihidu boleh menyebabkan kita keguguran. Mungkin inilah juga faktor sukar hamil.









Petua Pengurusan Stress untuk Ikhtiar Hamil

Mereka yang ingin ikhtiar hamil selalu diajukan soalan yang menyentap hati.  " Kau ni tak pandai ni, itulah yang lambat dapat zuriat". Soalan sebegini jika semakin ramai yang bertanya, memang akan mengundang stress dan dukacita. Kita akan berasa rendah diri dan hubungan suami isteri pun semakin hambar.

Suami yang tersangat menginginkan zuriat mungkin akan mencari wanita lain jika kita mempunyai zuriat melebihi lima tahun usia perkahwinan. Semakin hari, kita semakin tertekan dan merasa bersalah kera tidak subur.

Apa yang boleh kita lakukan adalah mendapatkan nasihat pakar perubatan moden dan juga tradisional. Keadaan rahim dan hormon boleh diperiksa bersama doktor. Jika hasil analisis semuanya baik, maka bolehlah anda  merujuk bidan tradisional yang mahir menguruskan mereka yang ingin khtiar hamil.

Perlu diketahui bahawa banyak faktor sukar hamil. Antaranya adalah rahim yang sukar mengecut atau kurang elastik. Masalah ketidak seimbangan hormon, kesukaran untuk klimaks ketika bersama, kurangnya cecair kesuburan ( putih telur), stress yang tidak terkawal, diet pemakanan yang tidak sihat, penggunaan bahan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Sodium Laureth Sulfate dan Paraben.

Jadi, proses pertama untuk mengawal stress adalah mengenal pasti apakah yang menjadi punca untuk anda sukar hamil dan mengubahnya. Contohnya, punca anda sukar hamil adalah disebabkan hormon yang tidak stabil. Maka, anda perlu mendapatkan konsultasi daripada pakar kesihatan yang memantau diet anda seharian dan makan herba yang disyorkan mengikut masalah anda. Apabila ianya diubah, maka anda dapat merasakan bahawa anda akan lebih tenang. Contohnya jus pegaga sangat membantu memberikan ketenangan disamping membantu badan untuk detoks.

Selain itu, hayatilah Surah Maryam, di mana saat anda berdukacita dengan umpatan manusia, Allah menjawab dan memberi anda kekuatan dan keyakinan di dalam surah tersebut.  Anda akan merasakan bahawa hanya Allah tempat mengadu dan memohon pertolongan. Apabila keyakinan anda tinggi kepada Kekuasaan Allah, maka tidak mustahil untuk anda hamil kerana Allah lah yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada.













Langkah Kecemasan di dalam Pantang

Semasa di dalam pantang, apa-apa kemungkinan akan mudah berlaku. Maka, perlunya suami mengenal pasti apakah kemungkinan yang bakal berlaku agar langkah pencegahan awal dapat dijalankan.

1. Sediakan satu buku catatan nombor telefon yang perlu dihubungi saat kecemasan seperti nombor hospital, bomba, polis dan bidan. Contohnya, jika berlaku pendarahan berterusan atau tumpah darah, maka hubungilah hospital dengan kadar segera.

2. Simpan nombor telefon bidan berpengalaman dan ustaz. Contohnya jika ada masalah bayi menangis di tengah malam tak henti-henti dan anda sendiri sudah pening kepala dan mulai stress, maka anda boleh menghubungi bidan atau Ustaz. Selalunya bayi yang menangis malam, perutnya kembung atau diganggu makhluk halus. Ibu yang menyusukan bayi hendaklah menjaga makan, elakkan makanan berangin.

 Jika ketika anak menangis dan matanya melihat ke atas jeritannya sangat kuat, maka ia mungkin gangguan.  Minta suami bacakan alfatihah pada air minum dan sapukan pada wajah anak, di sapau dari dahi ke dagu dna berdoalan minta perlindungan Allah daripada gangguan jin dan syaitan.

Jika anak menangis kerana kembung perut, maka suami bantulah isteri, panaskan tungku bayi dan bertungkulah di perut bayi dengan dilapisi sehelai kain pada perut bayi. Kemudian, tungkulah juga di tapak kaki, betis, belakang badan, peha dan dadanya. Kemudian, urutlah tapak kaki, betis, perut dan belakang badan bayi bagi membantu mengeluarkan angin dan memberikan kelegaan kepada bayi.

3. Jika isteri bentan, iaitu rasa sakit seperti senggugut, maka, panaskanlah batu sungai atau tungku herba dan bantu isteri bertungku di perut. Selalunya ia kerapa terjadi dalam seminggu awal berpantang. Maka, bagi suami yang tiada pengalaman, tempahlah bidan awal-awal untuk membuat rawatan pada hari ketiga bersalin.


Cara Berpantang Sendiri

Berpantang Sendiri

Apakah rawatan yang penting dilakukan jika tidak mendapat khidmat urutan perbidanan dalam pantang bersalin?

1) Hendaklah digantikan dengan rawatan tuaman batu panas yang dibalut dengan daun-daun atau rempah herba yang khas untuk batu tungku. Kemudian dituam ke seluruh badan kecuali kepala dan perut bagi ibu pembedahan. Selepas tuaman dilakukan, barulah urut usapan dibuat dibahagian bahu, leher, dan kepala menggunakan minyak berubat.

2) Menggunakan minyak herba, ubat barut  dan berbengkung penting dalam pantang bersalin untuk menjamin kelangsingan badan, pengempisan perut, dan kemantapan posisi rahim.

3) Lulur herba juga penting dipraktik sebelum mandi herba bagi mngelakkan masalah sejuk, kebas, urat timbul, bisa otot, urat, dan sendi. Sebaiknya bersaunalah dahulu sebelum lulur herba agar mudah untuk melulur.

4) Ubat bersalin dan minuman akar herba juga penting diambil kerana dapat membantu menenangkan emosi, memberikan kesegaran dan keanjalan kulit ke arah awet muda.


5) Sediakan lauk yang siap diperap dan disejuk bekukan selama sebulan. Ianya sangat penting terutama jika suami anda bekerja. Anda hanya perlu panaskan sahaja lauk-pauk.

6) Sediakan senarai nama mereka yang boleh melakukan penghantaran makanan. Contoh, ada orang yang boleh tolong belikan anda buah dan sayur di pasar dan menghantarnya di rumah.

Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan

Bagi anda yang menjalani pembedahan, minuman pertama yang anda perlu minum ialah air halia madu sebanyak segelas. Minum jus halia sebanyak segelas tidaklah menyebabkan bayi anda kuning.
Jika masih ragu-ragu, minumlah air habbatus sauda yang dicampurkan dengan gula merah dan madu.

Namun, makanan tinggi bahan pengawet dan gula seperti roti adalah perlu dielakkan kerana berangin, mengandungi kolestrol dan tinggi pengawet inilah yang menjadi punca bayi anda demam kuning berlarutan.

Ibu yang bersalin secara pembedahan tidak dibenarkan berpantang sendiri. Memandangkan tubuh badan yang sangat lemah, anda memerlukan bantuan untuk bergerak dan menguruskan diri serta bayi.
Mereka memerlukan sokongan yang cukup tinggi jika ingin menyusukan bayi memandangkan luka jahitan masih lagi sakit. Jadi pentingnya sokongan orang sekeliling.

Pada seminggu awal bersalin, ibu hendaklah rajin memerah susu. Jika luka jahitan masih lagi sakit, maka ibu perlulah rajin memerah susu. Maka, dapatlah ibu berehat dan orang sekeliling boleh membantu menguruskan bayi dan memberi bayi minum susu badan. Amalan menyusukan bayi sangat penting untuk membantu mengecutkan rahim. Ramai ibu yang bersalin secara pembedahan takut menyusukan bayi dan takut untuk memakan jamu menyebabkan rahimnya sukar kecut ke saiz asal dan akhirnya sukar untuk menurunkan berat badan.

Ibu bersalin secara pembedahan boleh memakai bengkung tetapi diletakkan tuala wanita pada kawasan luka jahitan dan dibalut dengan plastik pembungkus makanan (plastik wrap). Kemudian, letaklah serum slimming dari bahan alami atau herba tempel perut dan balut lagi sekali dengan plastik dan berbengkunglah. Ikatan tali bengkung hendaklah tidak terlalu kuat. Cukup sekadar memberikan sokongan kepada otot perut agar ibu lebih selesa bergerak.

Masalah angin adalah masalah utama ibu bersalin secara pembedahan. Anda perlulah rahin tungku di bahagian perut (atas pusat) menggunakan tungku herba dengan tekanan lembut sahaja. Ia akan membantu memberikan rasa nyaman dan membantu pengeluaran angin. Ibu yang rajin bertungku, akan mudah turun berat badan berbanding ibu yang langsung tidak membuat rawatan.

Rawatan ketika berpantang boleh dijalankan selepas seminggu bersalin. Anda boleh diurut dengan posisi mengiring. Bahagian peranakan tidak disentuh namun, boleh diletakkan herba yang membantu mengecutkan rahim dan membantu pengeluaran gas dari gastrousus.

Bagaimana Ingin Bahagia Ketika Berpantang

Ramai yang beranggapan bahawa berpantang adalah kolot. Semua makanan disukat dan perlu dielakkan. Hidup terbatas kerana tidak boleh keluar rumah. Kehidupan mula berubah apabila adanya anak kiri dan kanan. Hidup mula kelam-kabut kerana tanggung jawab makin bertambah.

Pertama sekali, anda perlu beryukur kerana Allah telah memilih anda untuk menjadi seorang ibu. Berapa ramai wanita di luar sana yang sukar untuk hamil setelah bertahun-tahun ikhtiar untuk hamil. Anda sangat bertuah kerana dipilih untuk menjadi seorang ibu.

Bahagia tidak akan datang sendiri. Inilah kenapa rawatan perlu dijalankan semasa berpantang. Badan kita yang sakit dan emosi yang tidak stabil, memerlukan rawatan yang mampu mengurangkan ketegangan otot dan membantu menstabilkan emosi.

Pentingnya peranan suami di sini adalah menghargai isteri. Ucapan terima kasih dan hadiah akan membuatkan isteri tersenyum gembira. Pelukan penuh kasih sayang saat selepas isteri penat melahirkan akan membuatkan isteri kembali kuat untuk menguruskan anak yang baru lahir.

Selain itu, pihak suami juga hendaklah menempah Pakej Berpantang yang terbaik untuk isteri. Pengorbanan isteri bukan sekadar menahan sakit selama 9 bulan mengandung, malah perjalanannya masih jauh untuk menyusukan dan menjaga anak sehingga 2 tahun memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang sangat kuat.

Kegagalan suami mendapatkan rawatan yang terbaik buat isteri akan menyebabkan isteri semakin lupa, muka menjadi kusam, tubuh menjadi lemah dan tak bermaya. Akhirnya isteri mudah untuk meroyan dan marah dengan orang sekeliling termasuk bertindak tidak waras dengan anak sendiri.

Pengurusan dan Penjagaan Bayi

Pasangan yang bakal menjadi ibu bapa hendaklah menghadiri kelas antenatal untuk belajar cara memandikan bayi dan belajar tips penyusuan susu ibu.

Selain mempersiapkan keperluan fizikal bayi seperti baju dan lampin pakai buang, adalah perlu menyediakan ilmu yang lengkap bagaimana ingin memandikan anak, menyusukan bayi dengan cara yang betul serta merawatnya agar cepat sembuh daripada sakit.

Perkara pertama yang perlu dilakukan jika anak telah mempunyai tanda kuning adalah ibu mestilah mengamalkan diet yang membantu pelawasan air besar dan air kecil. Makanan yang dimakan hendaklah makanan yang mudah untuk dihadam.

Antara makanan yang boleh membantu penghadaman, mencuci darah dan melawaskan adalah:-

Susu Kambing
Kurma
Pegaga
Madu

Pada minggu pertama bersalin, empat makanan ini hendaklah dimakan lebih kerap akan pembuangan najis bayi lebih kerap. Apabila pembuangannya kerap, bacaan kuning akan cepat turun dan bayi tidak akan sengsara kembung perut.

Untuk mengelakkan bayi kembung, hindarilah makanan ini:-

Roti
Makanan yang diproses tinggi lemak, garam dan gula.
Kopi Asli tanpa sebarang campuran herba

Jadi, pemilihan makanan yang sesuai sangat penting untuk mengelakkan bayi anda sakit.

Selain pemakanan, bayi perlulah ditungku dan diurut. bayi yang sembelit kebiasaannya betis dan perutnya keras. Maka tungku dan urutan sangat membantu untuk melegakan kesakitan dan ketegangan otot bayi.

Masalah lain adalah bayi yang kerap berjaga malam. Sebelum tidur, urutlah bayi
 menggunakan minyak zaitun yang dicampurkan sedikit minyak pati lavender. Ianya akan memberikan ketenangan emosi kepada bayi untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

Lampin hendaklah cepat ditukar ketika bayi kencing dan membuang air besar bagi mengelakkan kulitnya melecet. Sapuan minyak kelapa dara dan  minyak zaitun sangat bagus sebelum memakaikan lampin.



Penutupan Pantang

Perkara yang jarang diambil berat oleh ibu-ibu sekarang adalah penutupan pantang. Berpantang bukan sekadar pantang makan dan keluar rumah, malah banyak petua dan rawatan yang perlu kita jalankan bagi memastikan tubuh kita betul-betul sihat zahir dan batin sepenuhnya.

Ramai yang mengadu selepas sahaja tamat berpantang 100 hari, mereka menjadi dingin dengan suami. Malah ada yang sehingga 2 tahun langsung tidak pernah mengadakan hubungan intim bersama suami. Perkara ini adalah sangat serius dalam sesabuah ruamh tangga. Apabila dibiarkan, suami akan stress dan penceraian sering terjadi kepada pasangan ini.

Sebelum terlambat, rawatlah diri kita. Selepas sahaja bersalin, seluruh tubuh badan kita berubah. Perut yang dulunya kempis, kini membesar. Payudara yang tegang, kian kendur kerana posisi menyusukan anak yang salah. Vagina yang dulunya ketat dan wangi, kini gatal, berbau dan longgar.

Di dalam penutupan pantang, perkara yang perlu dititik beratkan adalah aset wanita. Pentingnya kita merawat dan menjaganya agar kembali cantik dan sihat. Kegagalan kita merawatnya dalam tempoh 100 hari akan menyebabkan pelbagai masalah yang akan berlaku kepada badan kita. Berat  badan juga akan sukar turun selepas dari itu. Jika diet pun, perut masih juga buncit dan kita mudah 'reborn', iaitu gemuk semula selepas tidak berdiet. 

Jadi, penutupan pantang yang perlu dijalani adalah, proses menguruskan badan, rawatan wajah, rawatan vagina dan payudara.

Di dalam proses menguruskan badan, perkara paing penting ialah menggunakan herba yang mampu menjalankan fungsi detox.
Antaranya adalah anda perlu bersauna, membuat rendaman kaki, lulur, membalut badan dengan plastik pada bahagian berlemak dan membalut seluruh badan dengan kain tebal bagi membantu proses perpeluhan iaitu detox melalui kulit. Detox melalui kulit adalah cara yang paling berkesan.

Kemudian, ketika sesi pelangsingan dijalankan, anda boleh melakukan rawatan wajah. Rawatan wajah yang terbaik adalah menggunakan bahan alami dan pati minyak tanpa bahan kimia berbahaya. Antara bahan alami yang bagus untuk melakukan rawatan wajah adalah madu, kacang hijau, kunyit, susu dan badam. Manakala minyak teatree dan peppermint sangat bagus untuk merawat masalah wajah dan memberikan ketenangan.

Selain itu, perkara yang paling perlu dititik beratkan adalah penjagaan vagina. Amalan bertangas basah dan kering adalah wajib dijalankan pada hari ke-30  berpantang dan dijalankan setiap hari selama dua minggu. Ianya sangat bagus membantu mengelakkan subinvasion, iaitu keadaan dia mana darah nifas yang tidak habis keluar, boleh menyebabkan masalah kewanitaan. Kebanyakan mereka yang tidak pernah berpantang akan mengalami masalah fibroid.

Selain bertangas, organ intim yang gelap ketika mengandung, perlulah di scrub dengan herba khas utnuk organ intim wanita yang terdiri daripada daun inai, sireh dan manjakani. Bagi vagina yang mengalami keputihan yang teruk dan vaginanya longgar, maka anda hendaklah memasukkan herba yang khas untuk vagina bagi mengetatkan ianya semula. Ianya sangat sakit kerana otot di sekeliling vagina yang longgar ketika proses bersalin normal, akan menarik ke dalam  untuk diketatkan melalui herba yang kita gunakan seperti manjakani. Kesannya boleh dirasai dalam 10 minit sahaja.

Rawatan payudara pula baik dilakukan bukan sahaja untuk menegangkan malah untuk melancarkan pengeluaran air susu ibu. Air susu ibu yang banyak dan berkualiti akan menyebabkan pertumbuhan anak sangat bagus. Selepas anak berhenti menyusu, barulah rawatan payudara ini dijalankan dengan lebih teliti lagi. Ianya bertujuan mengembalikan keanjalan payudara kita akan kembali cantik semula. Urutan dan 'wrapping' menggunakan herba khas payudara adalah cara yang paling berkesan dan selamat kerana semuanya bersifat luaran. Lemak pada payudara akan mengikutarah urutan yang kita lakukan. Semakin kerap kita merawatnya, maka semakin cantik payudara kita.
















Penjagaan Bayi Agar Tidur Selesa & Tak Meragam

Masalah yang kerap dihadapi oleh ibu-ibu yang pertama kali melahirkan cahaya mata adalah masalah bayi meragam. Sebenarnya banyak faktor penyumbang kepada masalah bayi meragam.

Antara Petua yang boleh diamalkan:-

1. Ketika bayi dimandikan, masukkan dua sudu garam bukit bersama 1 inci halia yang diketuk dan minyak zaitun sebanyak 1 sudu ke dalam mandian bayi. Biar kakinya direndam di dalam air garam tersebut selama 5 minit semasa proses menyabun bayi. Sabun yang digunakan adalah daripada sabun alami yang mengandungi pati lavender untuk memberikan ketenangan emosi kepada bayi. Rendaman kaki tadi berfungsi menarik keluar toksin dan membantu menstabilkan suhu badan bayi. Toksik pada bayi terhasil daripada darah ibu yang tercemar akibat diet yang salah.

2. Selepas siap mandi, bayi ditungku menggunakan tungku bayi. Tungku ini sangat bagus untuk membantu menghangatkan tubuh dan membantu mengelakkan bayi kembung. Apabila bayi kembung, bayi akan mudah meragam,


3. Kemudian, bayi diurut menggunakan minyak khas bayi bagi membantu melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan ketegangan otot terutamanya pada bahagian betis bayi. Bayi yang rajin diurut akan tidur lebih lama dan kurang bergerak atau mengeliat.

4. Bayi juga perlulah dibacakan Al-Quran selalu bagi membantu menenangkan jiwanya. Bacaan Al-Quran akan menyebabkan frekuensi tubuh berubah kepada frekuensi alpha. Maka, pada waktu ini bayi akan mudah untuk tidur dengan tenang sekali.


Senaman Ibu Berpantang

Senaman ketika berpantang adalah perlu tetapi biarlah berpada-pada.
Senaman sangat penting terutama jika ibu-ibu sukar untuk mendapatkan tukang urut atau ahli terapi.

Senaman membantu untuk melegakan sakit pinggang dan membantu mengecut serta menaikan semula rahim ke posisi asal.

Aktiviti senaman boleh dijalankan terutamanya bagi ibu yang bersalin secara normal. Namun, bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, ada juga senaman yang selamat dijalankan bagi membantu mengempiskan perut dan melancarkan darah di sekitar kawasan pembedahan.

Antara senaman yang disyorkan adalah Belly Dance, diamalkan pada 3 minggu awal berpantang, di mana sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal dan pembedahan.

Bagi ibu yang bersalin secara normal, ada latihan senaman untuk mnegurangkan sakit pinggang.

Senaman Meningkatkan Kesuburan Wanita



Sebelum anda melakukan apa-apa senaman, amatlah disyorkan agar anda kenal pasti dahulu apakah punca masalah anda sukar untuk hamil.

Di bawah ini adalah panduan untuk anda:-

1) Rahim jatuh atau terlari daripada posisi asal. Anda boleh tahu jika anda ada sakit pada celah peha, punggung dan pinggang. Mengadap cermin dan perhatikan keadaan  otot punggung anda samada terjatuh ataupun tidak.
Jika otot punggung anda terjatuh, maksudnya rahim anda telah terjatuh daripada posisi asal. Otot adalah pemegang organ. Maka, apabila otot tidak lagi kuat untuk memegang, maka mudahlah untuk organ di dalam badan berubah daripada posisi asal.

Maka, senaman yang disyorkan adalah senaman yang merawat masalah sakit pinggang dan senaman yang merawat masalah gastrik. Sila rujuk pada gambar di bawah:-

2. Bagi yang mempunyai masalah hormon dan stress, lakukanlah senaman ini di tepi pantai atau di kawasan air terjun. Tenaga daripada persekitaran sangat bagus









Makanan & Penjagaan Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Tanda-tanda awal seorang elaki sukar untuk Mendapat zuriat adalah mempunyai stamina yang lemah, sakit pinggang dan punggung, mempunyai masalah hormon dan gastrik yang teruk.

Antara makanan yang mudah didapati dan bagus untuk lelaki adalah Buah Pelaga, Halba, cengkih, Habbatus Sauda, taugeh, avokado, durian dan buah tin.

Resepi Sup Sayur Meningkatkan Kesuburan Lelaki:-

Bawang putih 7 ulas
Separuh biji brokoli
Separuh biji lobak merah
2 genggan taugeh
7 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1 batang kulit kayu manis yang kecil
1 sudu kecil minyak
500ml air.

Caranya:-
Tumis minyak bersama bawang putih dan rempah. Kemudian masukkan air, rebuslah hingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan semua sayur di atas.

Jadikan ianya amalan seharian. InsyaAllah air sprema suami akan lebih pekat dan banyak.

Pemakanan Menurunkan Kesuburan Wanita

Daripada hasil dapatan dan pengalaman saya merawat golongan yang sukar hamil, mereka ini adalah golongan yang tidak menjaga makan.

Antara contoh makanan yang menurunkan kesuburan wanita:-

1) Makanan segera
2) Makanan berasaskan soya yang tidak organik seprti tempe dan air soya.
3) Minuman bergas
4) Sayur dan buah bersifat sejuk yang mengumpulkan gas dalam perut,usus dan rahim.
5) Makanan yang mengandungi pengawet seperti masakan yang dimasukkan ajinomoto atau jamu yang tinggi pengawet atau steroid


Selain pemakanan, gaya hidup yang tidak sihat. Mereka ini adalah golongan yang gemarkan perkara moden. Contohnya suka menghabiskan masa di shopping complex berbanding berehat di tepi pantai.

Maka, antara terapi stress terbaik adalah mandi pantai atau mandi air terjun kerana tenaga alam dan udara sangat segar.

Antara faktor lain adalah menggunakan alat kosmetik atau produk penggunaan peribadi yang tinggi paraben. Ianya akan mempengaruhi hormon kewanitaan anda yang akhirnya anda akan mengalami masalah haid tidak teratur. Inilah juga antara punca ramai anak-anak dara sekarang yang
setahun haidnya tidak datang dan berjanggut!

Selain itu, makanan panas yang dibungkus menggunakan plastik juga tidak bagus. Plastik yang mengandungi bahan kimia akan meresap ke dalam makanan saat ianya dibungkus ketika panas.
Elakkan juga memanaskan makanan menggunakan bekas plastik ketika menggunakan mikrowafe.


Punca Sukar Hamil

Hari ini ramai wanita yang mengalami masalah kewanitaan (ginekologi) yang menyebabkan kesukaran untuk hamil. 

Antara Faktor Sukar Hamil :-

1. Makan makanan tidak sihat. Contohnya, air bergas, mi segera, makanan dan minuman yang menggunakan susu pekat manis, Minuman 3 in 1, sayap ayam dan makanan segera seperti nugget, sosej dan kentang goreng.  Makanan ini adalah makanan tinggi garam, gula dan pengawet. Selain itu, kandungan gas yang  tinggi di dalam minuman berkarbonat dan susu pekat manis akan memberikan tekanan kepada otot perut dan menyebabkan anda gastrik. Gastrik yang tidak dirawat akan menyebabkan senggugut. Manakala senggugut yang tidak dirawat akan menyebabkan istihadah ( darah haid melebihi 15 hari) dan akhirnya anda sukar mendapatkan zuriat.

2. Tekanan kerja. Mereka yang sukar mendapatkan zuriat ini kebanyakannya ialah golongan polis, akauntan dan guru. Kerja yang melibatkan otak kiri dan yang melibatkan satu tempoh waktu yang perlu disiapkan segera akan menyebabkan kita stress. Apabila stress, hubungan intim menjadi hambar. Otot yang stress juga menyebabkan lelaki mati pucuk dan wanita mati putik.

3. Angin terlalu banyak di dalam badan kerana tidak menjaga pemakanan. Angin yang terlalu banyak di dalam badan disebabkan sembelit dan lambat makan. Angin di dalam perut boleh mengganggu fungsi gastrousus. Apabila terlalu banyak, ia akan memberikan tekanan kepada otot dan akhirnya semua otot stress. Apabila otot rahim stress, ia akan mengembang setiap masa. Otot rahim yang suda hilang fungsinya untuk mengecut menyebabkan kitaran haid berubah dan akhirnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

4. Selain itu, wanita yang ada gangguan sihir juga amat sukar mendapatkan zuriat. Selalunya jin akan berada pada rahim yang ada darah kotor ( mereka yang selalu istihadhah) dan pada vagina, iaitu jika keputihan yang teruk.

5. Penggunaan produk set penjagaan badan yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti xenoestrogen. Ianya boleh mengurangkan keanjalan dinding rahim, menjadikannya lebih nipis dan rapuh. Contohnya mandian badan yang mengandungi paraben adalah antara penyumbang kepada masalah hormon bagi wanita. Inilah antara punca kitaran haid tidak teratur.

6. Tidur Selepas Solat Subuh. TIdur selepas solat Subuh akan meningkatkan paras kolestrol di dalam badan. Anda akan mudah terkena serangan jantung jika berterusan untuk tempoh jangka masa yang lama. Selain itu, inilah juga salah satu faktor untuk masalah hormon pada badan. Haid yang terlewat datang, ada berkait dengan gaya hidup yang tidak bagus.






Makanan & Perawatan Menjarakkan Kehamilan

Ramai yang tertanya-tanya apakah makanan yang bagus untuk menjarakkan kehamilan.

Dari aspek Perubatan Tradisional, herba yang bersifat diuretik dan Kontraseptif adalah bagus diamalkan. Tumbuhan yang membantu meningkatkan hormon testosteron, memperbanyakkan air kencing

 Contohnya, pokok Dukung Anak, akar pokok inai dan akar pokok senduduk bagus direbus dan diamalkan untuk menjarakkan kehamilan.

Selain itu, kajian saintifik ke atas pokok Dukung Anak (Phyllanthus Amarus Schumacch & Thonn) mempunyai ciri-ciri Kontraseptif. Daripada kajian ke atas kitaran hormon tikus betina selama 30 hari yang diambil secara oral ekstrak alkohol keseluruhan tumbuhan (100mg/kg) menyebabkan kegagalan untuk bunting.

Selain itu, ketika waktu subur, lebihkan makan sayur yang bersifat sejuk seperti timun, terung, dan air tebu. Ini adalah makanan yang sangat sejuk dan tajam, boleh menghalang pelekatan zygote.

Merancang Menjarakkan Kehamilan Secara Alami

Ibu-ibu yang anaknya masih lagi kecil dan ramai pastinya ingin menjarakkan kehamilan secara alami. Wanita sangat diganggu oleh hormon. Apabila hormon tidak stabil, rambut mudah untuk gugur, kitaran haid tidak teratur dan sukar untuk hamil jika merancang untuk hamil lagi di kemudian hari. 

Maka, petua di bawah sangat bagus diamalkan kerana ianya akan membantu mengecutkan rahim dan membantu mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.

1. Bagi yang ingin menjarakkan kehamilan, anda perlu mengetahui waktu subur anda. Catatkan tarikh haid anda setiap bulan, elakkan agak-agak ya.


2. Anda juga perlulah elakkan bersama ketika waktu subur. Iaitu ketika keluarnya cecair putih telur. Namun, jika bersama suami, saya syorkan anda bertangas keesokan harinya.
                                                            
3. Selain itu, amalan bertungku adalah sangat bagus. Sebaik sahaja tamat darah haid keluar, bertungkulah selama seminggu. Semasa darah haid telah lewat sehari, andadigalakkan bertungku lebih kerap dan lebih lama jika tiada tanda-tanda kehamilan seperti loya atau terlebih peka dengan bau.


4. Namun, berhati-hatilah ketika tujuh hari terakhir sebelum kitaran 
haid yang seterusnya. Pada waktu inilah waktu terbaik untuk 
menjalankan rawatan seperti urutan, bertangas dan bertungku. Rawatan bertangas dan bertungku boleh dijalankan juga sendiri di rumah jika anda bertekad ingin melakukannya setiap hari. Buatlah sehingga datang haid yang seterusnya.


5. Amalan memakan herba hendaklah dijarakkan selama 3 hari sekali bagi memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Namun, jika haid sudah terlewat sehari, lebihkan makan herba ketika waktu ini ya... Rahim sangat berkait rapat dengan suhu. Maka, anda perlu tahu seni menaik dan merendahkan suhu ya


6. Selain itu, berbincanglah dengan suami waktu yang anda bersedia untuk ingin hamil kembali. Contohnya, jika ingin jarakkan 3 tahun, maka berdoalah agar selepas 3 tahun barulah mengandung.
Pastikan fikiran anda tidak memikirkan tentang takut mengandung. Jika rasa takut, ia juga akan menyebabkan anda mengandung.
- Ini semua adalah ikhtiar, namun semuanya adalah Hak Sang Pencipta. Kepada Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.


Rawatan Elakkan Mati Putik

Mati Putik Kerap terjadi kepada wanita selepas bersalin dan wanita yang sukar hamil.

Kebanyakan wanita yang sukar hamil, mempunyai masalah lebihan gas di dalam badan akan mudah terkena masalah mati putik.

Bagi ibu berpantang pula, jika anda tidak membuat rawatan penutupan  pantang, anda akan mudah hilang keinginan untuk bersama.

Penjagaan Alat Kelamin Wanita

Penjagaan Payudara dan Kaedah Penyusuan yang Betul


Perubahan utama yang akan berlaku kepada ibu berpantang adalah perubahan pada payudara. Anda akan merasakan bahawa payudara anda mula membengkak dan berat. Perubahan ini akan dirasai bermula hari ketiga bersalin. Namun, jika perjalanan darah lancar, rahim panas, payudara akan membengkak lebih awal petanda susu badan semakin banyak.

Puting perlu dititik baratkan agar tidak berdarah ketika proses penyusuan. Kaedah menyusukan bayi dengan cara menyusu yang betul sangat penting agar hisapan yang kuat tidak menyebabkan kawasan areola berdarah.

Kaedah menyusukan bayi:-
1. Lapikkan dua biji bantal yang tebal di atas peha hingga bayi boleh diletakkan di atas bantal tanpa kita perlu memegangnya. Boleh juga membeli bantal khas menyusu. Namun, bantal perlu ditinggikan memndangkan bayi masih kecil. bantal yang tinggi akan mengelakkan ibu menunduk bahu kepala ketika proses penyusuan.

2. Berbengkung adalah cara terbaik untuk menjaga posisi badna agar tidak menunduk ketika menyusukan bayi. Herba yang diletakkan di perut sebelum memakai bengkung akan memberikan keselesaan ketika proses penyusuan di mana, kita akan merasakan sakit di kawasan rahim saat menyusukan bayi disebabkan rahim mengecut.

3. Bagi Ibu yang putingnya pendek, bayi akan cepat meragam kerana tidak dapat menghisap. Adalah disyorkan untuk anda memerah susu pada peringkat awal untuk menyesuaikan diri dengan teknik penyusuan yang betul. Saat bayi menghisap susu, kita akan terasa sangat sakit di kawasan rahim. Jadi, saat tubuh yang masih lemah, adalah dinasihatkan untuk memerah susu dan minta bantuan orang lain untuk membantu menyusukan bayi. Setelah semingga, badan anda mulai bertenaga, barulah ikhtiar untuk menambahkan kepanjangan puting. Namun, paling baik dilakukan ketika trisemester lagi. Caranya,  lakukan urutan ringan menggunakan jari telunjuk dan jari hantu dengan menarik puting ke arah depan.

4. Puting yang berdarah boleh dirawat dengan meletakkan madu. Luka akan cepat sembuh jika diletakkan madu. Madu adalah bahan paling kerana dikhuatiri jika disapu krim yang mengandungi bahan kimia, ia boleh memudaratkan bayi.



Cara Membuat Tungku Bayi

Masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu yang baru melahirkan adalah sembelit. Apabila ibu sembelit dan tidak dirawat, maka gas diperut akan banyak. Ibu yang kembung perutnya, sudah pasti anaknya pun sembelit juga.

Bayi yang kembung perut akan kerap menyusu dan tidak puas. Selain itu, kita akan perhatikan bayi akan kerap merenget dan  banyak bergerak. Tidurnya akan terganggu dan kerap berjaga malam dan menangis. Bayi yang kembung perut, suhu badannya lebih sejuk. Maka, bayi akan menjadi kurang selesa memandangkan sebelum ini, ia dilindungi oleh cecair amniotik yang sedikit panas.

Cara paling pantas melegakan masalah kembung perut bayi adalah bertungku. Tungku yang mengandungi herba sangat bagus membantu mengeluarkan lebihan angin di dalam perut bayi.

Kaedah Membuat Tungku Bayi:-

Pasir Pantai 100gm.
Garam kasar 50gm
Halba 20gm
Lada Hitam 20gm
Kain cutton putih
Kain cutton bercorak kuning
Tali

Caranya:-

Goreng pasir dahulu sehingga betul-betul kering. Kemudian, masukkan semua rempah dan garam ke dalam pasir tersebut. Goreng dengan api perlahan hingga mengeluarkan bau rempah. Tutup api.

Kain cutton putih dan kuning digunting empat segi, sama saiz satu kaki lebar dan tinggi. Kain putih dilapisi pada bahagian dalam. Kemudian, semua bahan yang digoreng tadi diisi di atas dua lapisan kain tersebut. Kemudian ikatlah bersama tali yang sedikit tebal.

Cara Menggunakan tungku bayi
Tungku dipanaskan atas seterika atau di dalam oven. Kemudian, ditungkukan pada perut dan badan bayi kecuali bahagian kepala. Lakukanlah tungku dua kali sehari sebaik selepas mandi.














Cara Membuat Tungku Ibu

Aktiviti bertungku sangat dititik beratkan oleh orang-rang dahulu kala. Mereka menekankan tungku dijalankan setiap hari terutama selepas ibu siap mandi.

Tungku bertujuan membantu memanaskan badan, melancarkan perjalanan darah, membantu mengurangkan ketegangan otot dan membantu mengecutkan peranakan serta mengempiskan perut.

Namun, bagi ibu yang bersalin secara normal, anda digalakkan bertungku pada seluruh tubuh kecuali pada bahagian kepala. Menurut sebahagian bidan dahulu, tungku dilakukan pada bahagian perut sahaja. Namun, untuk perawatan yang lebih efektif, tungku dijalankan pada seluruh badan. Ianya boleh dijalankan sendiri atau dibantu oleh orang lain. Tungku ini menggunakan batu sungai dan daun mengkudu yang ditaburkan sedikit rempah.

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, tungku herba ibu lebih digalakkan. Tungku herba lebih muadh digunakan dan tidak berat. Hanya perlu dipanaskan pada seterika dan bolehlah dituam secara ringan ke seluruh badan dan pada bahagian perut tanpa sebarang tekanan.

Kaedah Membuat Tungku Herba

Pasir pantai
Garam kasar
Halba Campur 100gm
Lada Hitam 50gm
Kain cutton putih 
Kain cutton kuning
Tali

Caranya:-

Goreng pasir dahulu sehingga betul-betul kering. Kemudian, masukkan semua rempah dan garam ke dalam pasir tersebut. Goreng dengan api perlahan hingga mengeluarkan bau rempah. Tutup api.

Kain cutton putih dan kuning digunting empat segi, sama saiz satu kaki lebar dan tinggi. Kain putih dilapisi pada bahagian dalam. Kemudian, semua bahan yang digoreng tadi diisi di atas dua lapisan kain tersebut. Kemudian ikatlah bersama tali yang sedikit tebal.

Cara Menggunakan Tungku Ibu
Tungku dipanaskan atas seterika atau di dalam oven. Kemudian, ditungkukan pada perut dan badan  kecuali bahagian kepala. Lakukanlah tungku dua kali sehari sebaik selepas mandi.

Rawatan Elak Rambut Gugur Ketika Berpantang

Menjadi lumrah pada hari ini apabila melahirkan anak, ibu-ibu akan mudah luruh rambut. Kebiasaannya selepas lima bulan berpantang, ibu-ibu akan mengalami keguguran rambut yang banyak.

Keguguran boleh terjadi disebabkan perubahan hormon dan juga diet ibu yang tidak seimbang.

Antara makanan yang boleh membantu memelihara kesihatan rambut adalah daun kari. Daun kari sangat tinggi kalsium. Ia sangat bagus dijadikan ulaman sepanjang tempoh kita menyusukan bayi. Jika dijadikan amalan, rambut akan hitam dan lebat serta akar rambut akan lebih kuat.

Resepi Minyak Untuk Rawatan Rambut

Segenggam daun inai
Segenggam daun kari
Minyak Bijan 3 sudu besar
Daun rosemary kering segenggam
250ml Minyak kelapa atau minyak anggur

Caranya,
Daun inai dan daun kari dikeringkan terlebih dahulu. Biarkan sahaja di atas meja selama 3 hari setelah dicuci. Kemudian setelah kering, Kisarlah ia menggunakan pengisar kering.

Kemudian, masukkan daun rosemary kering, minyak bijan dan minyak kelapa ke dalam bekas kaca 'double boiler' atau bekas kaca yang dilapisi satu lapisan periuk yang dipanaskan airnya. Kacaulah sehingga mendidih.

Setelah itu, tutup api dan biarkan sejuk sebentar. Isi ke dalam bekas kaca yang gelap seperti botol minyak zaitun dan simpanlah di tempat yang gelap untuk diperam.

Sebaiknya minyak ini dibuat sebulan sebelum bersalin, iaitu pada 36 minggu.


Cara penggunaan Minyak Rambut Alami

Selepas sahaja anda mandi, ambillah tuala yang dipanaskan dengan air panas dan perah airnya. Kemudian, ramas-ramaslah kulit kepala menggunakan tuala tersebut selama 2 minit.

Kemudian, ambil lebih kurang 10ml dan sapukanlah minyak rambut ini di keseluruhan kulit kepala sambil melakukan urutan ringan pada kepala. Anda akan rasakan ketenangan, sejuk dan ringan sahaja kepala terutama buat ibu-ibu yang terpaksa berjaga malam menjaga anak.

Lakukan setiap hari sehinggalah usia anak 6 bulan. InsyaAllah anda akan rasakan perubahan pada kulit kapala anda.   










Resepi Membuat Mandian Herba Ringkas

Dalam kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut kelahiran bayi, jangan kita lupakan tentang kesihatan tubuh badan kita.

Andai badan kita lemah, kita tidak akan bertenaga untuk menguruskan diri dan bayi.

Mandian herba adalah cara paling cepat mencergaskan badan ibu yang tidak bermaya.
Ia juga menutup liang roma kulit daripada dimasuki oleh angin sejuk. Selain itu, ia juga membantu memberikan tenaga dan ketenangan buat ibu berpantang.

Maka, sedikit petua cara membuat mandian herba yang ringkas.

Resepinya:-
Halia 10 inci
Lada hitam 15 biji
Kunyit 2 inci
Daun pandan 5 helai
Daun inai 2 genggam
Air 5L

Rebus kesemuanya hingga mendidih dan warna daun berubah kepada sedikit perang. Kemudian campurkan bersama separuh baldi air paip. Sedia untuk mandian ibu.

Namun, jika agak sukar mencari bahan, boleh terus membeli serbuk herba yang telah siap.

Resepi Tingkatkan Hemoglobin dalam Darah

Mengikut kajian yang saya sendiri jalankan ke atas pelanggan saya, kebanyakan mereka yang hemoglobin rendah, adaah kategori badan yang kurus dan perut teralu banyak gas.

Mereka ini adalah golongan yang mengalami masalah sistem penghadaman. Asid hidroklorik kurang efektif mencerna makan yang sampai ke perut dan menyebabkan gas terlebih di dalam perut.

Maka, solusi yang perlu dijalankan adalah mengeluarkan dahulu lebihan gas di dalam perut.
Kemudian, barulah makan makanan tinggi zat besi bersama buah yang kaya dengan vitamin C.

A.Resepi Jus Tambah Darah
Kurma merah 100gm
Kurma kering (Safawi, Mariami) 100gm
Goji 100gm
Longan 50gm
Air 2L.

Caranya:-
Rebus kesemua buah bersama 2 L air menggunakan api besar selama 10 minit. Kemudian reneh selama 1 jam menggunakan api yang perlahan. Apabila telah masak, tutup api dan sejukkan. Boleh diminum terus dan disimpan di dalam peti ais selebihnya.

B Resepi Sayur Tambah Darah

Pegaga segenggam
Peria katak 2 biji
Bunga Kantan (Jika dalam pantang, elakkan)
Serbuk Ikan Bilis
Limau Kasturi 1 biji
Pati Delima


Caranya:-
Cincang halus-halus pegaga, peria  dan bunga kantan. Kemudian gaulkan bersama serbuk ikan bilis dan sedikit perahan limau kasturi. Letakkan 1 sudu kecil pati delima bersama sayur ulam tadi. 

Ia boleh dimakan bersama nasi putih panas.

C.Resepi Jus Buah
Delima
Beetroot
Madu

Kisar Buah Delima dan Beetroot bersama madu. Kemudian, minumlah semasa perut kosong






Resepi Makanan Berpantang.

Resepi Tambahkan Susu Ibu
Resepi Detoks
Resepi Kurangkan Stress
Resepi Cerahkan Mata & kurangkan Sakit Kepala

Resepi Jamu
Resepi Turunkan kuning bayi

A. Resepi untuk Nasi selama 10 hari
- Nasi Halba
- Nasi Roselle
- Nasi Pandan
- Nasi Beriani
- Nasi Ulam
- Nasi Lobak Merah
- Nasi Kurma
- Nasi Herba Boreh
- Nasi Bakar Lemak
- Nasi Tomato

Jenis dan warna nasi sangat memainkan peranan penting untuk mengelakkan ibu-ibu jemu di dalam pantang.

Untuk Nasi Halba, hanya campurkan 2 sudu kecil biji halba dan 1 sudu besar minyak zaitun ke dalam beras yang ingin dimasak.
Untuk Nasi Pandan, 2 helai daun pandan diblend dan airnya digunakan untuk memasak nasi. Campurkan 1 sudu kecil halba.
Untuk Nasi Beriani, gunakan rempah beriani
Untuk Nasi Ulam, segenggam pegaga dan segenggam daun cekur dipotong halus-halus dan digaul bersama bilis dan lada hitam yang telah dikisar halus bersama nasi putih yang siap dimasak.
Untuk Nasi Lobak Merah, Lobak merah dipotong halus dan panjang-panjang, dimasukkan ke dalam beras yang baru ingin dimasak.
Untuk Nasi Kurma, Kurma dipotong halus-halus. Masukkan juga biji kurma ketika dimasak bersama beras. Selepas siap masak, asingkan biji kurma daripada beras.
Untuk Nasi Herba, masukkan 1 sudu kecil herba boreh tanpa garam ke dalam beras yang ingin dimasak.  
Untuk Nasi Bakar Lemak, masukkan 2 sudu minyak zaitun, 2 helai daun bay, 1 batang kulit kayu manis (kecil), 3 biji cengkihdan 3 biji pelaga. Masaklah semua bahan tadi bersama beras.
Untuk Nasi Tomato, kisar separuh Biji Tomato. Kemudian, masukkan buah pelaga 1 biji, kayu manis sedikit bersama minyak zaitun 1 sudu besar.  

B. Resepi Untuk Lauk
Untuk ikan, boleh dimasak secara kukus, bakar,sup, singgang, pindang

A. Ikan Masak Pindang
2 ketul ikan tenggiri digoreng.
Bawang besar setengah biji.
Bawang putih 5 ketul.
Halia 1 inci
Ketumbar 1 sudu kecil
Jintan Manis setengah sudu kecil

Caranya
1. Tumbuk jintan manis dan ketumbar
2. Hiris halus dan tumis bawang besar, bawang putih, halia
3. Kemudian masukkan seram yang ditumbuk sedikit.
4. Setelah naik bau, masukkan 1 cawan air, asam jawa 1 sudu kecil.
5. Biarkan mendidih, kemudian kecilkan api dan masukkan garam.
6. Tutup api, masukkan ikan.

(Boleh digantikan dengan ikan selar, jenahak dan haruan bagi yang bersalin secara normal)


B. Sayur

Sayur yang digalakkan ketika berpantang adalah sayur yang dicampur bersama rempah bagi mengelakkan sakit badan dan kesejukan jika tersalah memakan sayur.

1. Sayur Campur

Caranya,
Lada Hitam (57 biji)
Serbuk Halba (1sudu kecil)
Bawang Putih ( setengah labu )
Halia (2 inci )
Lengkuas (0.5 inci)

Caranya
Semua bahan diatas ditumbuk dan direbus hingga mendidih. Kemudian barulah masukkan sayur pilihan.

Sayur yang disyorkan ialan sayur sawi, sayur lobak merah, saderi, lobak putih dan brokoli.

2. Sayur Langsing

1 batang saderi
1 biji bawang holland
3 biji tomato
1 biji lada benggala
1 biji carrot
setengah biji brokoli
Ikan Bilis segenggam
Air 1 Liter

Caranya, rebus ikan bilis sehingga mendidih, kemudian barulah masukkan semua sayur-sayuran ini. Sayur-sayuran ini direbus selama 10 minit. 

3. Kerabu Ulam Pegaga

Resepinya:-
Ikan Bilis Mata Biru Segenggam
Pegaga dua genggam dipotong halus
Cekur 1 helai
Bawang merah 3 biji dipotong panjang dan halus
7 biji Lada Hitam ditumbuk
Air Asam Jawa 1 sudu kecil
Garam secubit
Gula Perang secubit

Caranya :-
Goreng ikan bilis tanpa minyak hingga kering. Kemudian, hancurkan menggunakan lesung batu.
Kemudian, gaulkan dengan semua bahan di atas secukup rasa hingga sebati.

C. Buah

Buah boleh dikisar untuk dijadikan jus atau sebagai pencuci mulut.

i) Resepi Pencuci Mulut

Buah Strawberi 7biji
Buah Epal Merah 1 biji
Serbuk koko 300gm
Minyak Kelapa Dara 100ml
Serbuk Badam 20gm
Madu 50ml

Caranya:-
Semua buah di atas dipotong. Kemudian, gaulkan serbuk koko, minyak kelapa dara, serbuk badam dan madu. Setelah sebati, gaulkan bersama buah atau hias di atas buah.

ii) Resepi Jus Slimming

Untuk membuat jus, paling bagus gunakan 'slow juicer'.

Batang Saderi 2 batang
Lobak Merah setenga biji
Madu 50ml
Air 1L

Caranya:-
Kisar semua bahan di atas. Kemudian, taburkan sedikit serbuk badam di atasnya untuk lebih menarik.


D. Resepi Daging

Selepas dua minggu berpantang, sebaik luka jahitan episiotomi dah baik, barulah anda digalakkan memakan sumber daging. Paling bagus, tunggulah selepas sebulan berpantang, barulah disyorkan anda makan ayam dan daging.   

Antara menu yang bagus adalah Sup Daging, Bakar, Masak Blackpepper,

Resepi
Daging
Lada hitam 25 biji
Bawang Putih 1 labu
Tepung jagung

Caranya:-

Daging yang telah dicuci bersaih, ditoskan. Kemudian, daging tersebut digaulkan bersama lada hitam dan bawang putih yang siap dihancurkan menggunakan lesung batu. Perap selama 1 jam. Kemudian masukkan minyak masak 3 sudu besar dan goreng sedikit. Apabila agak-agak garing, barulah dicampurkan dengan tepung jagung dan sedikit air.  

E. Sup Bebola Ikan

Resepi Bebola Ikan
1ekor ikan putih (ikan putih, ikan merah dan ikan tenggiri)
1 sudu kecil minyak zaitun
150gm tepung jagung
secubit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan Menumis

1 sudu kecil minyak zaitun
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/4 biji Lobak Merah
2 helai Daun Sup
1 Pohon Sayur Sawi

Cara Penyediaan:-
Tumiskan Bahan dan ketepikan.
Bersihakan ikan dan rebus. Isi ikan dilumatkan dnegan lesung. Kemudian campurkan sedikit minyak zaitun, lada hitam dan tepung jagung. Bulatkan kecil-kecil

Didihkan air
 Masukkan bahan yang telah dibulatkan kecil-kecil tadi, tunggu sehingga ianya timbul dan toskan.
Tumiskan bahan tumis dan masukkan air rebusan tadi. Seterusnya masukkan bebola ikan  dan biarkan 2 minit. Tabur daun sup di atasnya.