Khamis, 28 September 2017

Persediaan Sebelum Bersalin

Selepas usia kandungan 7 bulan, anda amatlah disyorkan melakukan kerja-kerja yang berat bagi memudahkan proses bersalin secara normal.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan:-
- Senaman menggunakan 'gym ball'
- Mengemop lantai dengan posisi mencangkung (9 bulan)
- Kekerapan melakukan hubungan suami isteri ditingkatkan.
- Latihan ' J Breathing Technique'untuk mengelak daripada meneran sebelum masanya dan mengurangkan keletihan ketika proses bersalin.
- Latihan Kemutan bagi meningkatkan elasticity otot sekeliling vagina.

Selain itu, semasa 9 bulan, adalah disyorkan melakukan urutan selusuh. Urutan ini bertujuan membantu meregangkan otot tulang punggung dan membantu mempercepatkan proses bersalin secara normal.

Minta suami atau ustaz sediakan air selusuh ketika hamil, ketika di dalam dewan bedah ketika berpantang. Ianya sangat bagus bagi membantu memberikan ketenangan saat ibu-ibu tengah sakit dan stress.

Set berpantang dan pakej berpantang hendaklah dikaji lebih awal. Carilah bidan berpengalaman yang boleh merawat dan menjaga anda di dalam pantang nanti.

Set baju dan keperluan bayi di rumah dan di hospital hendaklah disediakan agar mencukupi.

Bawalah minyak herba ibu dan bayi ke hospital kerana suhu yang sejuk menyebabkan keselesaan ibu dan bayi untuk berehat terjejas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan