Khamis, 28 September 2017

Pemakanan dan Penjagaan Ketika Disahkan Hamil

Penjagaan pada waktu ini sangat penting kerana jika anda tersalah makan boleh menyebabkan keguguran.



Inilah antara makanan yang dilarang ketika disahkan hamil

Elakkan makan langsung sebaik anda disahkan hamil, tidak kira anda Muslim ataupun tidak ya.

Semua makanan ini bersifat diuretik ( peluruh) dan tajam. Ada yang terlalu panas dan terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk bayi dalam kandungan.

Arak adalah bersifat panas dan bersifat diuretik, di mana menggalakkan pengeluaran air kencing. Maka, ia boleh menyebabkan keguguran.

Air Bergas adalah tinggi gas dan asid. Apabila angin terlalu banyak di dalam badan, ibu akan rasa lemah badan dan mudah sakit.

Nenas dan tebu pula bersifat sejuk dan diuretik. Ia boleh menyebabkan pendarahan. 

Habbatus Sauda pula bersifat diuretik dan emenagog, di mana boleh mencetuskan pendarahan melalui pengecutan rahim.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan