PETUA CEPAT TURUNKAN BERAT BADAN dari Aspek Perbidanan Melayu Lama
Namun, pengalaman Ummi menguruskan ibu-ibu berpantang dan mereka yang sukar mendapatkan zuriat, kebanyakannya ada masalah obesiti. Kenapa? Kerana dua golongan ini ada masalah pada peranakan, iaitu peranakan tidak kecut walaupun ketika tidak haid. Kita sedia maklum bahawa proses mengandung & proses ketika haid adalah keadaan di mana rahim mengembang. Apabila rahim mengembang, maka perut kita akan lebih buncit dan besar daripada biasa!
Ramai orang beranggapan bahawa lemak sahaja yang menampakkan buncit! Ianya salah.
Jika anda ada masalah kitaran haid, masalah hormon, keputihan, sembelit, kencing kotor dan sejuk tapak kaki, ia adalah petanda bahawa rahim anda tengah memberi 'signal' ianya sakit!
Jika kita perhatikan rahim, pundi kencing dan usus besar, ianya bersebelahan. Jika salah satunya jatuh, ia akan memberi kesan kepada dua organ yang lain. Maka, mereka yang sembelit, suka meneran. Proses meneran memberikan tekanan kepada otot rahim dan boleh menyebabkan ianya terturun! Mereka yang lama di dewan bersalin dan kerap meneran, akan mengalami buasir yang teruk semasa berpantang! Maka, keadaan yang sakit ini menyebabkan anda jarang membuang air besar dan lama-kelamaan toksik akan berkumpul terlalu banyak di dalam badan. Semakin banyak toksik, semakin bertambah berat badan anda. Itulah sebabnya kenapa mereka yang obesiti asyik mengantuk, ianya kerana kurang oksigen dalam badan!
Maka, satu kaedah yang terbaik bagi membantu menurunkan berat badan ialah bertangas. Dengan bertangas, rahim kecut. Maka perut automatik akan kempis! Rahim yang mengembang memberi tekanan kepada usus dan menyebabkan sembelit. Itulah sebabnya kenapa sukar turun berat badan jika sembelit. Maka, asap tangas yang memasuki lubang anus akan mengembang dan memudahkan najis untuk keluar. Ketika anda tengah bertangas, anda akan terus merasa untuk membuang air besar. Apabila najis keluar dengan lancar, maka masalah gastrik juga akan beransur sembuh.
Tangas sahaja tidak mencukupi jika anda tidak memakan herba yang membantu proses penghadaman. Makanan bergoreng dan bersifat sejuk menyebabkan lemak membeku di dalam darah. Maka, herba yang panas ini membantu menghancurkan ketulan lemak ini dengan lebih pantas. Habbatus sauda adalah antara herba terbaik bagi menghancurkan ketulan lemak ini dan ianya digunakan dalam pembuatan maajun.
Selain itu, proses detoks paling cepat adalah melalui kulit. Ibu berpantang yang rajin meletak tepel berut sebelum berbengkung, akan lebih cepat turun berat badan berbanding berbengkung tanpa memakai sebarang herba.
Herba boreh sangat bagus untuk proses detoks dan rawatan saraf. Bagi ibu-ibu yang bengkak kaki, anda boleh pakai herba ini, dibuat masker di kaki dan balut dengan plastik. Dua tempat yang boleh dilakukan adalah pada tapak kaki dan perut. Ianya dilakukan pada sebelah malam. Apabila bangun pagi, anda akan dapati peluh sangat banyak yang keluar. Kemudian, payudara anda akan bengkak dengan susu. Perut anda akan keliahatan kempis dan selalunya akan turun dua hingga ke tiga inci berdasarkan pengalaman menguruskan pakej pelangsingan ibu berpantang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan