Perkara yang jarang diambil berat oleh ibu-ibu sekarang adalah penutupan pantang. Berpantang bukan sekadar pantang makan dan keluar rumah, malah banyak petua dan rawatan yang perlu kita jalankan bagi memastikan tubuh kita betul-betul sihat zahir dan batin sepenuhnya.
Ramai yang mengadu selepas sahaja tamat berpantang 100 hari, mereka menjadi dingin dengan suami. Malah ada yang sehingga 2 tahun langsung tidak pernah mengadakan hubungan intim bersama suami. Perkara ini adalah sangat serius dalam sesabuah ruamh tangga. Apabila dibiarkan, suami akan stress dan penceraian sering terjadi kepada pasangan ini.
Sebelum terlambat, rawatlah diri kita. Selepas sahaja bersalin, seluruh tubuh badan kita berubah. Perut yang dulunya kempis, kini membesar. Payudara yang tegang, kian kendur kerana posisi menyusukan anak yang salah. Vagina yang dulunya ketat dan wangi, kini gatal, berbau dan longgar.
Di dalam penutupan pantang, perkara yang perlu dititik beratkan adalah aset wanita. Pentingnya kita merawat dan menjaganya agar kembali cantik dan sihat. Kegagalan kita merawatnya dalam tempoh 100 hari akan menyebabkan pelbagai masalah yang akan berlaku kepada badan kita. Berat badan juga akan sukar turun selepas dari itu. Jika diet pun, perut masih juga buncit dan kita mudah 'reborn', iaitu gemuk semula selepas tidak berdiet.
Jadi, penutupan pantang yang perlu dijalani adalah, proses menguruskan badan, rawatan wajah, rawatan vagina dan payudara.
Di dalam proses menguruskan badan, perkara paing penting ialah menggunakan herba yang mampu menjalankan fungsi detox.
Antaranya adalah anda perlu bersauna, membuat rendaman kaki, lulur, membalut badan dengan plastik pada bahagian berlemak dan membalut seluruh badan dengan kain tebal bagi membantu proses perpeluhan iaitu detox melalui kulit. Detox melalui kulit adalah cara yang paling berkesan.
Kemudian, ketika sesi pelangsingan dijalankan, anda boleh melakukan rawatan wajah. Rawatan wajah yang terbaik adalah menggunakan bahan alami dan pati minyak tanpa bahan kimia berbahaya. Antara bahan alami yang bagus untuk melakukan rawatan wajah adalah madu, kacang hijau, kunyit, susu dan badam. Manakala minyak teatree dan peppermint sangat bagus untuk merawat masalah wajah dan memberikan ketenangan.
Selain itu, perkara yang paling perlu dititik beratkan adalah penjagaan vagina. Amalan bertangas basah dan kering adalah wajib dijalankan pada hari ke-30 berpantang dan dijalankan setiap hari selama dua minggu. Ianya sangat bagus membantu mengelakkan subinvasion, iaitu keadaan dia mana darah nifas yang tidak habis keluar, boleh menyebabkan masalah kewanitaan. Kebanyakan mereka yang tidak pernah berpantang akan mengalami masalah fibroid.
Selain bertangas, organ intim yang gelap ketika mengandung, perlulah di scrub dengan herba khas utnuk organ intim wanita yang terdiri daripada daun inai, sireh dan manjakani. Bagi vagina yang mengalami keputihan yang teruk dan vaginanya longgar, maka anda hendaklah memasukkan herba yang khas untuk vagina bagi mengetatkan ianya semula. Ianya sangat sakit kerana otot di sekeliling vagina yang longgar ketika proses bersalin normal, akan menarik ke dalam untuk diketatkan melalui herba yang kita gunakan seperti manjakani. Kesannya boleh dirasai dalam 10 minit sahaja.
Rawatan payudara pula baik dilakukan bukan sahaja untuk menegangkan malah untuk melancarkan pengeluaran air susu ibu. Air susu ibu yang banyak dan berkualiti akan menyebabkan pertumbuhan anak sangat bagus. Selepas anak berhenti menyusu, barulah rawatan payudara ini dijalankan dengan lebih teliti lagi. Ianya bertujuan mengembalikan keanjalan payudara kita akan kembali cantik semula. Urutan dan 'wrapping' menggunakan herba khas payudara adalah cara yang paling berkesan dan selamat kerana semuanya bersifat luaran. Lemak pada payudara akan mengikutarah urutan yang kita lakukan. Semakin kerap kita merawatnya, maka semakin cantik payudara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan