Mereka ini adalah golongan yang mengalami masalah sistem penghadaman. Asid hidroklorik kurang efektif mencerna makan yang sampai ke perut dan menyebabkan gas terlebih di dalam perut.
Maka, solusi yang perlu dijalankan adalah mengeluarkan dahulu lebihan gas di dalam perut.
Kemudian, barulah makan makanan tinggi zat besi bersama buah yang kaya dengan vitamin C.
A.Resepi Jus Tambah Darah
Kurma merah 100gm
Kurma kering (Safawi, Mariami) 100gm
Goji 100gm
Longan 50gm
Air 2L.
Caranya:-
Rebus kesemua buah bersama 2 L air menggunakan api besar selama 10 minit. Kemudian reneh selama 1 jam menggunakan api yang perlahan. Apabila telah masak, tutup api dan sejukkan. Boleh diminum terus dan disimpan di dalam peti ais selebihnya.
B Resepi Sayur Tambah Darah
Pegaga segenggam
Peria katak 2 biji
Bunga Kantan (Jika dalam pantang, elakkan)
Serbuk Ikan Bilis
Limau Kasturi 1 biji
Pati Delima
Caranya:-
Cincang halus-halus pegaga, peria dan bunga kantan. Kemudian gaulkan bersama serbuk ikan bilis dan sedikit perahan limau kasturi. Letakkan 1 sudu kecil pati delima bersama sayur ulam tadi.
Ia boleh dimakan bersama nasi putih panas.
C.Resepi Jus Buah
Delima
Beetroot
Madu
Kisar Buah Delima dan Beetroot bersama madu. Kemudian, minumlah semasa perut kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan