Hari ini ramai wanita yang mengalami masalah kewanitaan (ginekologi) yang menyebabkan kesukaran untuk hamil.
Antara Faktor Sukar Hamil :-
1. Makan makanan tidak sihat. Contohnya, air bergas, mi segera, makanan dan minuman yang menggunakan susu pekat manis, Minuman 3 in 1, sayap ayam dan makanan segera seperti nugget, sosej dan kentang goreng. Makanan ini adalah makanan tinggi garam, gula dan pengawet. Selain itu, kandungan gas yang tinggi di dalam minuman berkarbonat dan susu pekat manis akan memberikan tekanan kepada otot perut dan menyebabkan anda gastrik. Gastrik yang tidak dirawat akan menyebabkan senggugut. Manakala senggugut yang tidak dirawat akan menyebabkan istihadah ( darah haid melebihi 15 hari) dan akhirnya anda sukar mendapatkan zuriat.
2. Tekanan kerja. Mereka yang sukar mendapatkan zuriat ini kebanyakannya ialah golongan polis, akauntan dan guru. Kerja yang melibatkan otak kiri dan yang melibatkan satu tempoh waktu yang perlu disiapkan segera akan menyebabkan kita stress. Apabila stress, hubungan intim menjadi hambar. Otot yang stress juga menyebabkan lelaki mati pucuk dan wanita mati putik.
3. Angin terlalu banyak di dalam badan kerana tidak menjaga pemakanan. Angin yang terlalu banyak di dalam badan disebabkan sembelit dan lambat makan. Angin di dalam perut boleh mengganggu fungsi gastrousus. Apabila terlalu banyak, ia akan memberikan tekanan kepada otot dan akhirnya semua otot stress. Apabila otot rahim stress, ia akan mengembang setiap masa. Otot rahim yang suda hilang fungsinya untuk mengecut menyebabkan kitaran haid berubah dan akhirnya sukar untuk mendapatkan zuriat.
4. Selain itu, wanita yang ada gangguan sihir juga amat sukar mendapatkan zuriat. Selalunya jin akan berada pada rahim yang ada darah kotor ( mereka yang selalu istihadhah) dan pada vagina, iaitu jika keputihan yang teruk.
5. Penggunaan produk set penjagaan badan yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti xenoestrogen. Ianya boleh mengurangkan keanjalan dinding rahim, menjadikannya lebih nipis dan rapuh. Contohnya mandian badan yang mengandungi paraben adalah antara penyumbang kepada masalah hormon bagi wanita. Inilah antara punca kitaran haid tidak teratur.
6. Tidur Selepas Solat Subuh. TIdur selepas solat Subuh akan meningkatkan paras kolestrol di dalam badan. Anda akan mudah terkena serangan jantung jika berterusan untuk tempoh jangka masa yang lama. Selain itu, inilah juga salah satu faktor untuk masalah hormon pada badan. Haid yang terlewat datang, ada berkait dengan gaya hidup yang tidak bagus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan