Khamis, 28 September 2017

Makanan Berpantang

Sebelum berpantang, bakal-bakal ibu hendaklah menyiapkan menu 44 hari berpantang agar mudah untuk dimasak oleh pembantu bagi menjaga kesihatan ibu dan bayi.

Bahan yang disenaraikan di bawah adalah sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal dan secara pembedahan.

Ikan yang digalakkan untuk dimakan bagi mempercepatkan penyembuhan luka adalah:-
Ikan Salmon, Tenggiri, Yu, Bawal Putih, Siakap, Ikan Selar, Ikan Jenahak, Ikan Haruan, Ikan Talapia Hitam dan Ikan Merah.

Burung Merpati, Ayam Kampung, Puyuh, Kambing, Daging (minggu kelima)

Ulam yang disyorkan:-
Daun Kari (Membantu Pelawasan dan menghangatkan badan, mencegah ubat dan keguguran rambut)
Daun & Ubi Cekur, halia, Lengkuas, Pegaga, Ulam Raja,

Sayur:-
Sawi, Brokoli, Batang Saderi, Lada Benggala, Lobak Merah, Lobak Putih (Jika dicampurkan bersama rempah dan herba)

Buah-buahan:-
Epal Merah, Limau Sunqist, Roselle, Plum, Avokado, Kiwi, Anggur (Minggu Ke-5),

Perlu dihindari:-

1. Buah-buahan Bergas (Angin) dan Sejuk
Ubi kentang, ubi kayu, keledek, buah nenas, jambu air, jambu batu, duku, langsat, mangga,dokong, semua jenis pisang,nangka, cempedak, isi dan air kelapa, rambutan, manggis, tembikai, tembikai susu,petai, tebu, jagung, sengkuang,belimbing, macang,mangga. Buah-buahan sejuk ini boleh menyebabkan bentan, iaitu sakit tulang belakang dan sejuk otot.

Banyak buah dan sayur yang tidak boleh dimakan. Maka, fokus kepada buah dan sayur yang boleh dimakan.

2. Sayur-Sayuran Bergas dan Sejuk
Bayam, kubis, semua jenis kekacang, pucuk paku pakis, labu, pucuk ubi, kangkung, keladi, timun, terung,cili, terung, petola, rebung,petai,labu, jering dan sayuran menjalar.

Sayur dan buah yang tinggi kuantiti airnya hendaklah dihindari.

3. Kekacang Yang Berangin dan Sejuk
Barli, kacang hijau, taugeh, kacang soya (tempe,tauhu, taufufah dan roti atau biskut yang mengandungi sumber soya), kacang kuda (dhal).

4. Daging dan Ikan
Ikan masin, ikan pari, ikan tongkol, ikan kembung, ikan sardin (basung), telur (telur ayam kampung dibolehkan), ayam suntik,sotong, udang, ketam, kerang.

5. Lain-lain
Elakkan laksa, mi kuning kuetiaw, bihun, soto, produk berasaskan keju, produk yang diperam (fementasi) seperti jeruk buah atau sayur, budu, cencaluk, tapai dan yogurt.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan