Ibu-ibu yang anaknya masih lagi kecil dan ramai pastinya ingin menjarakkan kehamilan secara alami. Wanita sangat diganggu oleh hormon. Apabila hormon tidak stabil, rambut mudah untuk gugur, kitaran haid tidak teratur dan sukar untuk hamil jika merancang untuk hamil lagi di kemudian hari.
Maka, petua di bawah sangat bagus diamalkan kerana ianya akan membantu mengecutkan rahim dan membantu mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.
1. Bagi yang ingin menjarakkan kehamilan, anda perlu mengetahui waktu subur anda. Catatkan tarikh haid anda setiap bulan, elakkan agak-agak ya.
2. Anda juga perlulah elakkan bersama ketika waktu subur. Iaitu ketika keluarnya cecair putih telur. Namun, jika bersama suami, saya syorkan anda bertangas keesokan harinya.
3. Selain itu, amalan bertungku adalah sangat bagus. Sebaik sahaja tamat darah haid keluar, bertungkulah selama seminggu. Semasa darah haid telah lewat sehari, andadigalakkan bertungku lebih kerap dan lebih lama jika tiada tanda-tanda kehamilan seperti loya atau terlebih peka dengan bau.
4. Namun, berhati-hatilah ketika tujuh hari terakhir sebelum kitaran
haid yang seterusnya. Pada waktu inilah waktu terbaik untuk
menjalankan rawatan seperti urutan, bertangas dan bertungku. Rawatan bertangas dan bertungku boleh dijalankan juga sendiri di rumah jika anda bertekad ingin melakukannya setiap hari. Buatlah sehingga datang haid yang seterusnya.
5. Amalan memakan herba hendaklah dijarakkan selama 3 hari sekali bagi memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Namun, jika haid sudah terlewat sehari, lebihkan makan herba ketika waktu ini ya... Rahim sangat berkait rapat dengan suhu. Maka, anda perlu tahu seni menaik dan merendahkan suhu ya
6. Selain itu, berbincanglah dengan suami waktu yang anda bersedia untuk ingin hamil kembali. Contohnya, jika ingin jarakkan 3 tahun, maka berdoalah agar selepas 3 tahun barulah mengandung.
Pastikan fikiran anda tidak memikirkan tentang takut mengandung. Jika rasa takut, ia juga akan menyebabkan anda mengandung.
- Ini semua adalah ikhtiar, namun semuanya adalah Hak Sang Pencipta. Kepada Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan