Semasa di dalam pantang, apa-apa kemungkinan akan mudah berlaku. Maka, perlunya suami mengenal pasti apakah kemungkinan yang bakal berlaku agar langkah pencegahan awal dapat dijalankan.
1. Sediakan satu buku catatan nombor telefon yang perlu dihubungi saat kecemasan seperti nombor hospital, bomba, polis dan bidan. Contohnya, jika berlaku pendarahan berterusan atau tumpah darah, maka hubungilah hospital dengan kadar segera.
2. Simpan nombor telefon bidan berpengalaman dan ustaz. Contohnya jika ada masalah bayi menangis di tengah malam tak henti-henti dan anda sendiri sudah pening kepala dan mulai stress, maka anda boleh menghubungi bidan atau Ustaz. Selalunya bayi yang menangis malam, perutnya kembung atau diganggu makhluk halus. Ibu yang menyusukan bayi hendaklah menjaga makan, elakkan makanan berangin.
Jika ketika anak menangis dan matanya melihat ke atas jeritannya sangat kuat, maka ia mungkin gangguan. Minta suami bacakan alfatihah pada air minum dan sapukan pada wajah anak, di sapau dari dahi ke dagu dna berdoalan minta perlindungan Allah daripada gangguan jin dan syaitan.
Jika anak menangis kerana kembung perut, maka suami bantulah isteri, panaskan tungku bayi dan bertungkulah di perut bayi dengan dilapisi sehelai kain pada perut bayi. Kemudian, tungkulah juga di tapak kaki, betis, belakang badan, peha dan dadanya. Kemudian, urutlah tapak kaki, betis, perut dan belakang badan bayi bagi membantu mengeluarkan angin dan memberikan kelegaan kepada bayi.
3. Jika isteri bentan, iaitu rasa sakit seperti senggugut, maka, panaskanlah batu sungai atau tungku herba dan bantu isteri bertungku di perut. Selalunya ia kerapa terjadi dalam seminggu awal berpantang. Maka, bagi suami yang tiada pengalaman, tempahlah bidan awal-awal untuk membuat rawatan pada hari ketiga bersalin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan